What's New In Photoshop CS6

Written By puterablog1malaysia on Tuesday | 9:26 AM



Apa yang terbaru di dalam adobe photoshop cs6..Hari ni aku cube jelaskan serba sedikit apa yang terbaru.Sebelum tu klik ni ->[KLIK] Aku jelaskan melalui gambar & sedikit video tanpa suara.ekekeke.Perubahan yang baru ni amat memuaskan bagi pengguna setia photoshop yang sudah lame menginginkan sesuatu yang baru & lebih baik daripada sebelum ni.Ternyata keinginan yang di mahukan telah hadir membawa pengguna ke arah lebih maju & lebih baik, paling penting keseluruhan lebih mudah & sempurna.Adobe photoshop cs6 mudah bagi aku, kalau susah tak mungkin aku akan puji lebih tentang naik taraf software adobe photoshop cs6 ni kan.Aku type panjang2 pon mungkin sebahagian yang aku nyatakan di sini tak bermakna sebab korang akan lebih fokus pada gambar.ok la, jom lihat apa yang digelar betul2x sebagai naik taraf..Aku rasa korang akan suka!!Believe it!!!
The All-new Honda #JazzHybrid is launched! Nature at its best.

1.Interface
Salah satu yang kita nampak & berubah ialah warna permukaan cs6 ni, ia gelap & nampak lebih senang untuk mencari sesuatu tool &perubahan ni dibuat bagi pengguna lebih fokus pada kerja yang dibuat, kalau korang tidak sukakan akan warna permukaan yang baru & lebih suka kepada warna permukaan yang lame, don t worry bebeh, semuanya boleh di tanggung beres!!! Cs6 sudah menyediakan warna daripada gelap hingga ke warna prmukaan yang cerah seperti adobe sebelum ini cs3,cs4,&cs5

[LINK]
PERUBAHAN WARNA PERMUKAAN DARI CERAH HINGGA GELAP


Mac: Photoshop > Preferences > Interface
PC: Edit > Preferences > Interface


2. PROPERTIES PANEL atau dalam bahasa melayu nya panel hartanah...buahahahaha
Apa yang berubah di sini.ia akan memaparkan segala2nya yang korang pilih .huhhh..aku pun xreti macam mane nak terangkan.Properties ni akan memaparkan adjustment seprti Curves, scene, mask. 3D & banyak lagi.

Klik sahaja dekat layer akan kuar paparan seprti di atas..

3.Layer Filtering
Layer flitering, perubahan yang sangat bagus.Masa aku mula2 belajar adobe pada awal tahun 2007, aku xthu fungsi layer ni & aku anggap layer ni xpenting tapi bila masuk hujung tahun 2007, baru aku tahu bertapa pentingnya layer ni.Start lepas tu, apa2 kesilapan & penindihan kat kerja aku, aku akan semak pada layer, susun layer serta namekan layer.Kalau idak terkebil2 la nak mencari layer. Apa yang bagus sekarang ni.Korang lepas ni xperlu terkebil2x nak cari layer bersusun dari atas sampai bawah, perubahan ni mudah untuk orang yang membuat editing yang banyak layer nya.Perubahan yang baru ni korang boleh cari &susun fail layer ni dengan Name,Effect, Mode, Attribute, dan Color.Sesiapa yang xtahu menggunakan adobe dari awal.korang belajar la dulu basic ea. [LINK]



4. PATCH TOOL
 Sememangnya ada patch tool di dalam adobe photoshop tetapi kali ini ada penambahan yang menarik di dalam patch tool ni.Sesiapa yang selalu menggunakan patch tool korang boleh bezakan patch tool dlu dengan sekarang.Sangat mudah di gunakan & menjimatkan masa selain menyempurnakan kerja korang untuk pemindahan gambar sebelah menyebelah atau sebagainya.Di dalam patch tool ini ada content aware tool.aku kurang tahu tentang ni walaupun aku selalu menggunakan photoshop tapi aku rasa ini la penambahan & tool yang baru di dalam adobe photoshop cs6 di bahagian patch tool.Content aware ni contoh penggunaanya di bawah ni..Aku sertakan sekali video mengenai patch tool baru di dalam cs6.

1.1.Content Aware


PATCH TOOL-Content-Aware


1.2. Move Tool
Ini adalah tool baru di dalam adobe cs6. Ada 2 tool y best di sini.Tool pindahan & tool panjangkan objek.hu3x..aku kurang mengerti apa yang aku jelaskan ni.apa2 pon lihat saja pada perubahan gambar kangroo kat bawah ni sebelum & selepas menggunakan move tool.

Sebelum

Selepas 
Extend
Extend ni  memindahkan dari A ke B atau dari rendah ke tinggi atau mengikut kreativiti masing2 menggunakan move tool ni.Tapi sebelum memindahkan tu, korang kena pastikan ada sedikit ruang untuk penambahan y nak dibuat.Lihat contoh seperti gambar di bawah.

Sebelum rendah & Selepas bangunan menjadi lebih tinggi.
Nak tahu fungsi content aware.tengok video kat bawah...
EraFM ingin mencungkil bakat-bakat terpendam kita! Bukan itu saja, undian anda juga diperlukan! Jom undi #bakatJoHaRa skrng!





5.OIL PAINT FILTER
Sebelum ni aku pernah menggunakan pail filter untuk menampakan imej berbentuk lukisan tapi untuk mendapatkan kesanya membuat aku menunggu lebih lame.Kali ni dengan adobe cs6 yang baru ni, aku xperlu lagi membazirkan masa untuk mendapat hasil seperti lukisan menggunakan cat minyak.Oil paint filter kali ini lebih ringan & lebih cepat untuk melihat kesanya & lebih bagus bila kita ingin membuat perubahan di sekeping gambar.Gambar di bawah ini hasil dari menggunakan oil paint filter cs6

Before Oil paint filter

After Oil Paint Filter
6. Video Editing
Kini sesiapa sahaja yang memiliki adobe photoshop cs6 mampu mengedit video dengan aman & teratur.Pembaharuan yang dibuat ini adalah lebih ringan, mudah, penyusunan video & muzik yang tersusun di timeline yang disediakan di bawah kerja korang.Sesiapa sahaja yang mencuba pasti tahu kesan yang terbaik dari adobe cs6 ni.


Video editing cs6 ini membolehkan korang mengedit, mengawal kelajuan video, mengedit audio, menapis video & sebagainya.Kalau korang suka mengedit video,lepas ni korang akan mengedit sepenuhnya video korang di dalam adobe photoshop cs6.

7. Blur Galerry

Sebelum ini hanya beberapa blur sahaja yang ada dalam blur galery tetapi kali ini ada berita yang baik untuk photographer. 3 penambahan blur yang baru di dalam adobe photoshop cs6 iaitu Field Blur, Iris Blur & juga Tilt-Shift.Apa yang bagus untuk blur baru ini, ada penerangan di bawah ni berserta gambar.

Field-Blur



Field-Blur ini untuk kabur keseluruhan gambar dengan mudah,atau kabur dari A ke B atau korang boleh menambahkan kepada C,D,E & sebagainya.Bila korang menggunakanya aku rasa hanya 2 blur sahaja yang sesuai untuk gambar korang tu nanti.

Iris-Blur
Bagi mereka yang mencari untuk menumpukan perhatian kepada satu objek dalam imej, Blur Iris mungkin pilihan yang  terbaik untuk korang pilih. Seperti namanya, kabur ini mewujudkan elips di sekitar kawasan tumpuan, yang boleh diselaraskan untuk meliputi lebih atau kurang sesuatu gambar  korang..



Tilt-Shift
Tilt-Shift adalah satu proses yang boleh memberi gambar korang rasa kecil . Walau bagaimanapun, tidak semua gambar akan mendapat manfaat daripada kesan ini. Biasanya, korang perlu memilih gambar overhed di mana subjek utama adalah pada jarak dari kamera korang sendiri.


8. Adaptive Wide Angle
Jika korang seorang jurugambar, korang pasti pernah berada dalam keadaan apabila korang terpaksa menggunakan lensa sudut ultra luas untuk menangkap pandangan penuh. Atau mungkin korang  tidak sedar bahawa kanta akan meninggalkan dengan herotan yang begitu banyak. Sebelum ini, imej ini boleh diperbetulkan dengan Warp atau pupet warp, tetapi ia adalah satu tugas yang membosankan. Sekarang, dalam Photoshop CS6, di dalam filter, ada penambahan baru yang direka khas untuk situasi ini. Adaptive Wide Angle Filter.

Filter baru ini korang boleh gunakan untuk memperbetulkan gambar  korang yang melengkung..Apa2 pon korang boleh tengok hasilnya di bawah ni

Sebelum

Selepas
9.Shape Strokes
Pada versi sebelum ni tiada shape strokes dengan garisan putus sama ada bulat atau petak, tetapi kali ini di dalam adobe photoshop cs6, ia lengkap.Xperlu lepas ni untuk mendapatkan garisn putus2 di luar objek di import dari illustrator kerana di dalam adobe cs6, telah tersedia & mudah untuk digunakan.Selain garisan stroke yang mudah untuk di hasilkan, ia juga mudah untuk mengubah color & lenkungan yang boleh mengubah ukuranya..


10. Crop Changes
Crop ini memang sudah ada pada versi sebelum ini tetapi di dalam adobe photoshop cs6 ia sememangnya ada & yang paling bestnya ia telah di ubahsuai kepada yang lebih menarik & mudah.

1. Apabila korang crop pada imej korang tu, ia akan tetap berada pada kedudukan yang korang inginkan tu, xberubah malah korang boleh mengalihknya dekat mane yang korang mahukan.

2. Apabila korang crop & memutarkan imej ia  ikut putar mengikut pergerakan korang.huhh.susah aku nak jelaskan tentang crop tool ni.

3. Bila korang crop imej korang & ingin mengalihkan sedikit crop pada posisi yang lebih, korang tetap boleh alihkan kerana di dalam masa yang sama, crop ini akan menghasilkan imej selepas di crop & gambar bersaiz asal tetap ada/wujud di dalam crop tersebut..So lepas ni klaw tersalah crop & nak ekjus sedikit crop tu xpayah pon ctrl+z atau buka semula fail asal.Cs6 ni mudah sangat & senang.


11. Perspective Crop Tool
Di dalam adobe photoshop cs5 memng ada perspective crop tool ni tapi ia tersembunyi &susah cket nak gunakan tetapi kali ni xda sembunyi2 lagi.Ia berada di dalam barisan tool2 yang lain &caranya mudah je nak gunakan.Insyakallah nanti aku akan buatkan video untuk semua tool2 ni... lihat keputusan yang dah di buat menggunakan Perspective Crop tool dibawah ni..

Sebelah kiri gambar asal  & Sebelah kanan ni gambar selepas menggunakan Perspective Crop Tool
12. 3D Improvements
Perubahan 3D yang aku tunggu2 selama ini.Di adobe photoshop cs5 seriesly memng rumit & susah lagi satu xkemas tapi dalam adobe cs6, memng sangat mudah & sangat cantik, dengan pembaharuan kesan bayang2, dengan perubahan mengubah warna yang lebih mudah & perubahan pada tapak perspective & apa yang aku boleh katakan, perubahan yang  lebih menarik keseluruhanya..Korang tengok gambar effect 3D kat bawah ni.Lepas ni aku main 3D je la..ekekekeke


13. Layer styles on Groups.
Sebelum ni layer di dalam group xdapat kita nak menambahkan effect pada yang ada di dalam group berkenaan dengan pantas & mudah, Selain itu untuk membuat penambhan yang sama pada group lain lambat .Cara sebelum ni nak kena select layer satu persatu & jalan kerja sebelum ni jauh sangt.Adobe cs6 ni senang cket.Hanya select dekt group dah boleh ubah keseluruhan yang berada di dalam group yang kita groupkan. Cepat & perfect for me..


14. Background Save/Auto Recover
Adobe dah buat aku senang hati kali ni.Background save/auto recovery.Korang pernah buat edit pict or design selama berjam2, tiba2 adobe korang ada problem & terus kuar warning untuk korang close program atau korang buat kerja tibe2 laptop batery habes atau elektrik terputus bagi yang menggunakan pc/desktop.
Mesti pernah kan.Aku masa mula2 belajar adobe ni pernah terjadi 3 4 kali perkra ni.Huuu..dah mengadap berjam2 lupa plak nak save, elektrik terputus.Memang menguji kesabaran. Adobe cs6 memng bagus, diorang  pandai memikat hati pengguna, dengan membuat penambahan dengan background save bermakna sambil korang buat kerja tu, kerja korang tu akan di simpan secara auto mengikut waktu yang korang tetapkan.Untuk waktu tu tersedia setiap 5minit.korang pilihla nak auto save setiap berapa minit, 5minit kew 10 minit kew atau 15minit.semuanya ada dalam adobe cs6 ni. 

Note: This does NOT save overtop of your current document. It saves it in a separate location, specifically for recovery purposes 

15. Erodible tip brushes
Korang pernah menggunakan arang atau pensil untuk menulis di dinding atau di mane2 permukaan.Permukaan arang ataupun pensil tidak sentiasa tajam.Begitu juga dengan fungsi terbaru di dalam adobe cs6. Ia bergantung pada kelajuan kita menggunakan brush.Berbeza dengan sebelum ni sesiapa yang ingin menampakan tajam pada hujung brush, versi sebelum ini, kte kena ekjus sehingga dapat apa yang kita nak tapi kali ni tidak, ia telah sedia ada pada Adobe Photoshop cs6


16. Camera Row
Photographers this is surprise for you!! Bagi photographer yang selalu bermain dengan Camera row, ini adalah hadiah untuk korang semua.Kini ia telah di kemaskini sehingga version 7.


Improved Adjustments

Slider ini sekarang ini bermula dari titik tengah. Ini bermaknsa korang boleh akses lebih berbanding sebelum ni.Korang juga boleh akses dengan yang baru iaitu new highlights, shadows & white adjustments untuk membantu korang menarik balik imej yang xjelas dalam gambar korang tu nanti.contoh seperti abg handsme kat bawah ni ye..Korang kena tahu, hitam itu nampak seksi..ekkekeke


Apa yang telah di naik taraf bertambah baik dalam function ini ialah Clarity adjustment, ia bukan sahaja bertambah baik malah ia lebih terperinci kepada gambar korang, sebelum ini korang mungkin tahu apa itu halo & semuanya telah di elakkan, mungkin korang akan tahu kalau menggunakan versi sebelum ini...


Adjustment brush juga telah di  kemaskini selain penambahan ciri2 baru yang lain.



17. Color Ranges Change
Jika korang pengguna photoshop yang aktif, korang mungkin tahu berapa banyak kaedah yang boleh membantu korang dalam kerja yang korang lakukan.walaupun ada yang lebih sesuai daripada yang lain dalam keadaan tertentu dalam memilih warna tentu untuk imej korang sendiri.Dalam adobe photoshop cs6 kini sudah mempunyai tool yang mampu mengesan berdasarkan ton kulit & ini juga membuatkan photoshop cs6 ini boleh mengesan keseluruhan warna di kulit muka korang sendri jika korang ingin  ia lakukan apa yang korang mahukan..Sekarang adobe sudah mempunyai kotak detect  faces  seperti contoh lihat pada gambar di bawah..


Ok la, ini sahaja penjelasan aku tentang penambahan yang baru di dalam adobe photoshop cs6.Jika korang kurang jelas tentang ini,maaf di pinta, Ini kali pertama aku buat entry tentang pembaharuan sesuatu software.Insyakallah, jika tidak ada halangan sebesar gunung, menghalang kehidupan harian aku, aku akan cube buat sesuatu yang baik untuk semua ini.Kalau  korang ingin mencuba software, download la software adobe photoshop cs6 dekat www.google.com

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google