Pulau Besar, Melaka

Written By puterablog1malaysia on Wednesday | 6:12 AM


Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau Misteri merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Cara ke sana
Kemudahan bot yang selamat, selesa dan mudah. bot ini beroperasi dari jam 7.00 hingga 10.00 malam.
Anda perlu naik bot laju dari Jeti Umbai. Umbai terletak dalam perjalanan ke Muar, Johor.
Naik dari Jeti Anjung Batu

Mitos dan legenda
Pulau Besar penuh keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara khususnya dari keturunan India-Muslim di Malaysia, Singapura, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain negeri. Kaum India-Muslim mempercayai kealiman dan kehebatan Sultanul Aarifeen. Mereka akan bernazar pada waktu malam. Antara nazar yang mustajab ialah mendoakan dapat anak dan maju dalam perniagaan. Ayat azimat menyerupai tulisan Arab yang akan digantung di pintu kedai mamak/India-Muslim ini.

Jika anda hendak bernazar menyembelih seekor kambing, anda bolehlah berjumpa dengan pengurus surau yang terletak di tepi makam Sultanul Aarifeen ini dengan menyerahkan sejumlah wang tertentu.

Untuk bernazar, anda perlu berzikir atau membaca surah Yassin di tepi makam. Kononnya, doa akan dimakbulkan oleh Allah berkat kekeramatan Sultanul Aarifeen ini.
Selain keramat Sultanul Aarifeen, ada lagi :

  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Makam Sultanul Aarifeen
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Batu Lesung

Makam Sultanul Aarifeen

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

Tapak kaki Sultanul Aarifeen
Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultanul Aarifeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

Perigi di kaki pulau

Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Batu belayar

Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ia terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.
Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.
Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ia terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.


Batu Tengkorak

Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.
Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.


Keramat Masin Tawar

Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.
Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.


Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.
Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.




Perkampungan bunian

Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.kawasan tersebut juga terdapat telaga dan tasik bunian. Telaga tersebut juga dipercayai merupakan telaga pertama di pulau hasil munajat pak syeikh bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini malah air tersebut juga apabila di minum amat menyegarkan.
Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Perigi Bunian


Pokok disula

Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.
Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Tasik biawak

Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.
Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

Batu Belah

Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

Gua Yunus


Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Keramat Ular

Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.
Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Makam Nisan Satu

Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ia dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

Perigi Nenek Musallimah(Perigi Hajat)

Dipercayai seorang nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga.

Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Hotel Chandekura, Pulau Besar, Melaka.

Makam Syarifah Rodziah

Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Sultanul Aarifeen. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.

Batu Lesung

Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut sepertimana yang terdapat di dalam gambar.

Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ia terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya.


Makam 7 beradik



Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan. Mereka ini berasal dari Palembang. Mereka telah datang ke Pulau Besar dengan satu tujuan untuk mengembangkan ilmu persilatan. Setelah diteliti melalui firasat bahawa Pulau Besar ini sesuai untuk dijadikan penempatan dan mengembangkan ilmu persilatan maka mereka membuat keputusan memecahkan dinding kapal mereka untuk dibuat dinding rumah.

Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka, ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan darinya dan apa yang berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.

Makam Seribu

Semasa saya disana, agak mengecewakan bagi saya apabila melihat banyak juga makam dan beberapa tempat sejarah didalam Pulau Besar dimusnahkan atas alasan Syirik, kurafat dan sebagainya. Adakah memusnakan tinggalan sejarah tersebut ialah suatu cara yang terbaik atau ada udang disebalik batu????

Adakah Pulau Besar sesuai dijadikan sebagai pusat peranginan atau dikekalkan keasliannya?

KOMEN SEORANG PEMBACA

Mrkuriq;
Pernah sampai saudara nakhoda..
seperkara dua yg ingin teman kongsikan disini,sebak dan sedih membaca catatan dr sebuah tabloid tntang pulau besar yg dikatakan bnyk terdapat ajaran sesat dan aktiviti yg mnyimpang dr akidah dan ajaran islam.sedih teman kerana sesetangah pihak terus mngecam reputasi pulau besar dgn pelbagai tanggapan buruk dan sukar diterima akal.masih teringat lagi saat prtama kali teman mnjejakkn kaki kesana,mgkin sebelum itu teman lnsung tidak mengetahui apa itu pulau besar.mngikut guru teman dan saudara2 seperguruan teman menjejakkn kaki kesana dgn sribu persolan dan tandatanya yg brhmpun dibenak kepala,smpainya teman dsana hati mula digamit sayu saat singgah dmakam prtama makam tun sharifah rodziah,hati teman makin diburu brmcm soalan adakah pulau ini sebuah prkmpungan atau hnya tmpat mnempatkn prmakaman,bagi org utara sprti teman wajarlh teman tidak tahu menahu tntng sejerah pulau besar,beberapa hr disini banyak tmpat2 yg teman kunjungi antaranya makam 7beradik,yakni 7saudara seperguruan yg dtg kesitu utk mngmbangkan ilmu prsilatan,makam nenek kebayan atau namanya siti fatimah seorg bidan dan pnjual akar kayu,makam sultan ariffien,org yg tinggi ilmu dlm islam,mngembara kepulau besar utk mngmbangkan ilmu agama,makam tun sharifah rodziah seorng wanita cntik dan suci,diakhir hidupnya mngabdikn diri dgn brzikir dan brwirid,utk teman ceritakn dsini terlalu bnyak kisahnya,msing2 ada misteri dan sejarahnya antaranya gua yunus,perigi nenek musalmah,telaga puteri,keramat ular,batu putih,batu tngkorak,batu belah,telaga tmpayan pecah dan bnyk lg.mgkin itu saja yg dpt teman kongsikan,apa yg teman ceritakn tak sama seandainya anda mnjejakkn kaki sendiri kesana,seribu kemanisan dan pngalaman yg teman tempuh dan lalui dsana adalh knangan yg tak dapat teman lupakn,bagi teman buat segelintir pihak jgnlh meletakkn satu tafsiran yg buruk hanya melalui kabar angin,simpati pada arwah2 yg bersemadi disana,jgn krana sekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit wallahhualam.....


========================================================================

SEGALA YANG BERKAITAN ARTIKEL INI, SAYA COPY PASTE DARIPDA BLOG KERIS WARISAN TERMASUKLAH KOMEN DI ATAS.









0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google