Jambu PM
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
Bila jadi baik, ORANG MELUAT...
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.
10 Jenis Kawan…
1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
*Mula-mula kejar... Dah dapat sepak...:-(
2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
*Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
*Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
*Dah pakai pastu buang…:-(
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
*Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(
6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
*Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...:-(
7. Kawan tu bukan macam KERETA.
*Rosak sikit jual …Beli baru…:-(
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
*Kejap ade kejap takde…:-(
9. Kawan tu bukan macam BANK.
*Bila dah takde duit baru nak cari…:-(
10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???Hmmmm...
*Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong satu sama lain setiap masa bukan hanya semasa senang tapi di mana-mana saja…:-