Home » » Ibadah-kerja-kerja-ibadah

Ibadah-kerja-kerja-ibadah

Written By puterablog1malaysia on Thursday | 8:13 AM

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kita bekerja seharian, pastinya ada yang merasakan bahawa kita terlalu letih untuk melakukan tugas lain sejurus habis kerja kita. Lihat sahaja ibu bapa kita yang baru pulang dari kerja. Mereka pasti letih dan ada di antara kita yang kadang2 takut untuk bertegur sapa dengan mereka. Khuatir boleh menimbulkan kemarahan mereka.

Begitulah lumrah orang yang bekerja. Letih. Lesu. Tak bermaya. Ana juga pernah bekerja dan ana yakin perkara itu. Tapi, bagaimana pula dengan ibadah kita?? Adakah kita akan memberi alasan bekerja untuk kita berlepas tangan dengan ibadah seharian kita??? Ingat, ibadah kita juga kerja seharian kita.




IBADAH = KERJA ,
KERJA = IBADAH = ???

How?? Ha.. Itu lah pertanyaan sekarang ini. Berdasarkan equation di atas, diberikan ibadah itu kerja seharian kita. WAJIB buat. Tak kira apa condition nya. Takde kompromi. Itu semua orang tahu. Tapi, macam mana nak jadikan kerja kita yang lain sebagai ibadah?? Adakah semua kerja kita ibadah?? Apa yang perlu dilakukan supaya kita boleh jadi multi-tasking, supaya kita boleh buat dua perkara dalam satu masa, supaya kita boleh buat ibadah sewaktu kita bekerja?? Adakah bekerja sebagai penjual arak pun boleh dikira ibadah??

Brothers and sisters,

Basically, ibadah is divided into 2 parts, first one is ibadah khassah, which is ibadah yang specific. Ibadah ini wajib dan telah ditentukan oleh allah cara pelaksanaan dan masanya. Contohnya, solat dan puasa. And the second one is ibadah 'ammah, which is ibadah yang general. Apa sahaja yang dilakukan manusia, selain ibadah khassah ialah ibadah 'ammah. Makan, minum, buang air, tidur, kerja. Semua tu ibadah 'ammah.

"kalau macam tu, jual arak pun boleh dikira ibadah 'ammah la sebab itu pekerjaan juga.."

Tak semua kerja yang kita buat dikira ibadah atas sebab dan alasan yang tertentu. Cuba kita check balik kerja kita seharian, tak kisahlah kerja apapun. Belajar. Kerja pejabat. Kerja di supermarket. Apa jua jenis kerja. Adakah ia menepati kriteria yang islam gariskan:

1. Dibenarkan dalam Islam.

Semua pekerjaan kita mestilah suatu yang dibenarkan mengikut syariat. Make sure yang kerja yang kita buat tu tak bersangkutan dengan apa jua dosa dan maksiat. Misalnya, pekerjaan seorang penjual arak tidak dikira sebagai ibadah kerana menjual arak haram di dalam Islam dan berdosa melakukannya.

2. Niat yang baik

Sesuatu kerja yang dilakukan mesti didasari dengan niat yang baik. Kita tak bolehlah nak lakukan kerja yang baik untuk tujuan yang baik. Misal kata kita kerja di sebuah restoran. Kerja yang dibenarkan di dalam Islam. Tapi, kita berniat untuk menggunakan upah dan gaji yang kita dapat untuk berjudi. Maka, kerja yang kita lakukan itu tak dikira sebagai ibadah.


Kriteria ini berkaitan dengan kriteria yang pertama tadi iaitu 'dibenarkan dalam Islam'. Kedua2 kriteria ini mesti berkaitan. Orang putih kata, mesti together lah. Katakan kalau kerja yang kita buat dibenarkan dalam Islam, tapi tak diniatkan dengan niat yang baik, still kerja itu tak dikira ibadah. pentingnya kerja kita sebagai ibadah ni supaya redha Allah selalu kita dapat dan kerja kita pun jadi mudah.

Contoh, kita niat bekerja untuk menampung sekeluarga kita dan berazam mahu mengeluarkan keluarga kita dari kelompok kemiskinan. Tapi, kita memilih menjadi model yang akan mendedahkan kita kepada pembukaan aurat. Maka, kerja itu tak dikira sebagai ibadah walaupun ia menjanjikan pulangan yang lumayan.

3. Mengikut panduan syariah

“saya dah pilih kerja yang Islam benarkan. Niat pun saya dah betulkan. Tapi kenapa still awak classify kerja saya bukan ibadah??”

Ha.. Di sini mungkin anda ada terlepas pandang. Kerja anda tu memang bagus, islam pun tak larang. Niat anda nak sara keluarga itu pun dah cukup mulia dah. Tapi, anda tak perasan ke yang anda baju apa pergi kerja. Ana tengok ketat semacam je. Kerja anda pun selalu masuk lambat je. Bila orang lain tegur, anda buat tak endah je.

Itulah dia yang anda tak perasan. Apabila kita bekerja, seluruh etika kerja kita mesti mengikut panduan syariah. Dari pakaian, pergaulan lelaki perempuan, sehinggakan berjalan pun mesti mengikut cara islam. Bukan mengongkong. Tapi mengajar dan mendidik ke arah cara kerja yang lebih baik.

4. Tidak meninggalkan ibadah khassah

Ana tahu, ada antara kita ni yang very hardworking. Selalu stayback, overtime dan sebagainya. Bagus tu. Tak salah pun. Tapi, ana ada jugak dengar yang ada orang cakap yang anda ni selalu tinggal solat. Kenapa ye?? Busy??

Ana nak tanya, anda ada masa tak untuk turun lunch?? Anda ada masa tak untuk ke bilik air?? Anda ada masa tak untuk berbual dengan member sekerja?? Kalau ada, anda mesti ada masa untuk solat juag. Jangan bagi alasan. Nabi sulaiman yang menguruskan negara pun ada masa untuk ibadah, inikan pulak kita. So,urus masa solat dengan baik.

Wallahu a’alam..

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google