Assalammualaikum whb,
Moga Allah berkati setiap denyut nafas kita, insyaAllah. :)
Hakikat niat bukan terletak pada ucapan ssorg melalui lisannya, akan tetapi niatnya lahir dr dorongan dalam hati dan berfungsi ketikahati ini telah tembus oleh hidayah oleh Allah. Pd waktu tertentu, perkara itu mudah diperolehinya. Org yg hatinya terbiasa menjalankan perintah agama, maka mudah baginya utk menghadirkanniat menuju kebaikan. Bermula dr segi inilah biasanya dapat menimbulkan motivasi utk berbuat baik bahkan sampai pd masalah yg paling kecil.
Namun, bg org yg cenderung pd dunia dan ia tunduk pd hawa nafsunya, maka hal demikian tidak mudah bgnya bahkan untuk melaksanakan hal yg bersifat fardhu sekalipun, kecuali apabila dipaksa. Dari Umar b. Khatab bhw Rasulullah s.a.w bersabda; “Setiap perbuatan hanyalah bergantung pd niat dan setiap org hny mendapatkan sesuai dgn apa yg diniatkan, maka barangsiapa yg berhijrah utk duniawi yg ia akan perolehi atau pada perempuan yg akan ia nikahi, maka hijrahnya itu kembali kpd apa yg ia inginkannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Syafie’ berkata, “Hadis diatas adalah satu per tiga dr seluruh ilmu pengetahuan dr sabda nabi s.a.w bhw setiap perbuatan hny bergantung pd niat mengandungi makna bhw kesolehan suatu amal perbuatan yg tidak bertentangan dgn sunnah itu disebabkan oleh niat yg baik. Dan maksud dr sabda Baginda bhw setiap org akan mendapat apa yg ia niatkan, pahala org yg beramal itu sesuai dgn niat baiknya yg terkumpul dan dilakukan melalui amal-amal perbuatan.
Perlu dijelaskan disini bhw setiap niat yg baik tidak dapat menukar kemaksiatan drpd paksinya, kerana sabda Nabi s.a.w tidak boleh diertikan bhw perbuatan munkar dapat menjadikan makruf disebabkan niatnya. Sabda Rasulullah hny disimpulkan khusus utk amalan-amalan yg bersifat ketaatan suatu saat boleh menjadi maksiat disebabkan oleh niat yg buruk. Perkara mubah (harus) boleh menjadi amalan yg baik atau kemaksiatan jg krn niatnya. W’pun maksiat tidak akan menjadi ketaatan oleh niat yg baik dan kemaksiatan yg diikuti oleh niat buruk dan ada unsur sengaja, maka berlipat ganda pula dosa dan seksnya di akhirat nnt.
Nilai ketaatan (ibadah ritual) berhubungan dgn niat baik dlm hal keasbahannya mahupun utk melipat gandakan pahala. Pd dasarnya, niat yg baik itu merupakan perbuatan yg semata-mata untuk mendapat redha Allah, jika sedikit shj dicemari dgn riak maka rosaklah semua kebaikannya sehingga menjadi kemaksiatan. Bila mengharapkan balasan pahala yg besar, mestilah diimbangi dgn peningkatan kualitinya, berbeza dgn perkara yg mubah utk mengubahnya menjadi perbuatan taqarrub kpd Allah dan memperoleh darjat yg tinggi disisiNya, mestilah disertai dgn niat yg baik.
Wallahua’lam
0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment