Home » , , , , , » Untuk Anda Semua Yang Beragama Islam.

Untuk Anda Semua Yang Beragama Islam.

Written By puterablog1malaysia on Friday | 7:10 AM

Salam u semua kawan aku yang beragama islam..Selamat Berpuasa.Lip Lap lip lap dah nak masuk hari ke 6 kita semua umat islam berpuasa kan..Banyak betul dugaan yang aku kena tempuhi di bulan mulia ni..Tapi tak pe la kan, semua ini pasti ada hikmahnya. Apa y pasti dugaan dibulan mulia ini membuatkan aku lebih kuat menempuh hidup yang masih aku tak pasti.Pada malam ini, aku mengambil masa sedikit untuk berkongsi dengan korang apa yang aku buat sebelum ini..Di bawah ni ada 3 ayat yang telah aku buat design nya iaitu Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar & Doa 12 Pintu Kebaikan.Ayat ini telah di salin semula & telah diteliti oleh beberapa orang yang selalu mengamalkanya & semua kandungan di dalam ayat ini adalah lengkap & tiada sedikit pun tertinggal..korang jangan ragu2 untuk mengambilnya...Aku huraikan sekali kelebihan ayat ini yang aku search di dalam alam maya.Jika Huraian aku ni tidak tepat & ada kesalahan harap teguran dapat diberikan..




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah

s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

1. dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

2. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Ayat ini aku buat di atas kertas yang bersaiz A3 & juga bersaiz A4.Korang boleh klik aja pada gambar kalau mahukan size yang sebenar & korang boleh print jika korang mahu tampal di mana2..Aku harap tiada kesalahan yang korang lakukan ke atas ayat2 ni.Salah satunya PRINT & JUAL ayat2 ini kepada sesiapa.Kalau print & bagi percuma kepada kawan2 atau sesiapa sahaja bagi yang beragama islam.Aku galakan. Aku berkongsi dengan korang untuk penggunaan rujukan & amalan korang sendiri & orang sekeliling, bukan untuk di jual..Aku harap korang dapat manfaatkan pemberian ni.Assalamualaikum..


1 Rakyat Bersuara:

  1. ayat kursi elok di amalkan. tp yg elok tu la jarang kita buat

    ReplyDelete

Recommend on Google