Kalau orang mati disebabkan oleh penyakit jantung sudah biasa .. kalau ada orang mati disebabkan kerana tertawa tu yang pelik / aneh kan ??? :))
1. Zeuxis, pelukis Yunani, mentertawa lukisan wanita yang baru saja ia selesaikan. Kemudian kerana tertawa terlalu berlebihan, akhirnya ia sesak nafas dan mati pada akhirnya.
2. Komedian Yunani, Philemon, mati kerana mentertawakan lawaknya sendiri.
3. Chrisyppus, seorang filsuf Yunani, mati kerana tertawa pada saat melihat keldai sedang makan buah ara.
4. Mendengar cerita dari saudara perempuannya, penulis dari Itali, Pietro Aretino, tertawa hingga terjatuh dari kerusinya kemudian dia kejang lalu mati
5. Pengarang eksentrik asal Scotland Thomas Urquhart, mati ketika mentertawakan perbaikan singgasana raja Charles II.
6. Malam bulan April 1872. Nyonya Fitzherbert, bersama teman-temannya yang berasal dari Northamptonshire pergi ke Drury Lane Theatre untuk menonton Beggar’s Opera. Ketika seorang karakter bernama Polly melakukan adegan konyol, Nyonya Fitzherbert tertawa begitu keras hingga tidak boleh berhenti dan terpaksa dikeluarkan dari ruang theatre. Satu minggu setelah malam itu, Nyonya Fitzherebert dikhabarkan mati kerana terserang histeria berkelanjutan.
7. 24 Maret 1975. Alex Mitchell mati tertawa saat menonton tayangan TV komedi The Goodies. Pada episode itu, muncul karakter yang berdandan khas orang Scotland dan bermain kungfu. Setelah 25 minit tertawa, Alex berhenti tertawa, kemudian melurut di sofa terkena serangan jantung. Isterinya yang mengetahui hal tersebut, mengirimkan surat pada Goodies kerana telah membuat suaminya mati dalam kebahagiaan.
8. Ole Bentzen, audiolog asal Denmark mati tertawa kerana menertawakan filem “A Fish Called Wanda”. Saat tertawa, dengup jantungnya meningkat hingga 300 degupan per minit.