Salam semua..malam ni admin nak ajar sedikit tentang blog.Yeps mungkin kebanyakan blogger dah tahu tapi apa yang admin nak tunjukkan ni untuk blogger-blogger baru & sedikit penambahan untuk blogger-blogger lama.Mungkin ada yang nak letak semula nuffnang di atas header di tepi & di bawah post selepas buang/ubah templete blog kali ni.Ok la apa yang admin nak tunjukkan malam ni tambah add gadget atas header blog untuk letak iklan nuffnang, letak iklan nuffnang di bawah post & juga letak iklan nuffnang di tepi layouts mcm admin gunakan sekarang ni.Waktu malam ni agak cepat sikit, so admin mulakan langkah pertama iaitu buat add gadget atas header seperti gambarajah di bawah ni.Untuk nampak lebih jelas.Acukan Anak panah mouse korang kat gambar bawah ni & right klik & pilih Open Link in New Tab..
Add a Gadget |
Untuk membuat add a gadget seperti gambarajah di atas.Pertama sekali korang pergi ke
1. Design
2. Edit HTML
3. Klik Expand Widget Templet
4. Selepas tu Cari kode locked .Untuk mencari kode dengan mudah korang tekan CTRL+F.Bila korang dah tekan, akan nampak 1 tab muncul.Tab ini muncul di atas kanan screen bagi sesiapa yang menggunakan Google Chrome & bagi yang menggunakan Mozilla FireFox akan kuar tab tu di sebelah bawah screen sebelah kiri.Bilang dah nampak tab tu. Type di dalam kotak tu locked.Lepas tu tekan ENTER dan akan nampak, kuar kode dekat Edit HTML yang bertanda kotak Hijau.Bila dah dapat tu korang perlu ubah sedikit kode tu bagi membuat add a gadget di atas header.Apa yang perlu di ubah? Perhatikan kode dibawah ni..Beza sebelum & selepas kode di ubah.
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'><b:widget id='Header1' locked='true' title='Tajuk Blog Korang (Header)'
Di atas sebelum Kode diubah & ubah kode di atas seperti dibawah
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='' showaddelement='yes'><b:widget id='Header1' false='true' title='Tajuk Blog Korang (Header)
Selepas Kode diubah
5.Nampak kan perbezaan kode sebelum & selepas diubah.Selepas tu klik button SAVE TEMPLET & selepas tu pergi dekat Design & klik kat page elemenent & akan nampak keputusan tu seperti gambarajah di atas Add a Gadget
6. Seterusnya untuk meletakkan kode nuffnang di atas header tu klik Add a Gadget yang baru kita buat tadi.Selepas tu akan kuar 1 tab.Kat tab tu cari list yang bernama HTML/JAVASCRIPT, dah jumpa klik kat simbol + 2.Bila dah klik akan kuar 1 tab yang mempunyai ruang kosong untuk kita isi kode di dalamnya.Ok dah nampak kosong tu, copy kode nuffnang korang sendiri & paste kan kode tu ke dalam kotak HTML/JAVASCRIPT & SAVE
Bila dah save, tab tu akan hilang & akan korang akan nampak 1 penambahan di bawah add a gadget yang korang buat tadi. Kalau nak tahu itulah kode nuffnang yang korang dah letakan tadi melalui tab HTML/JAVASCRIPT.Bila dah nampak, klik button SAVE & cube la view blog.Jadi tak ??.Kalau dah jadi ok la kan, teruskan add iklan nuffnang yang kedua plak.nuffnang di bawah post seperti gambarajah di bawah ni
Nuffnang di bawah post |
Untuk meletakan iklan nuffnang di bawah post caranya sangat mudah.First sekali caranya seperti di atas,pergi ke DESIGN ->Edit HTML-> klik EXPAND WIDGET TEMPLET & CTRL+F.Apa yang korang perlu cari KODE kat EDIT HTML tu ialah kode ini </b:loop> .Bila dah jumpa copy kode nuffnang korang & letakkan kode nuffnang tu di atas kode </b:loop> .Kemudian SAVE TEMPLET & lihatla hasilnya.Mudah kan!! Kalau tak jadi, tinggalkan komen di bawah post ni ye..
Seterusnya letak iklan nuffnang di sisi layout blogger seperti gambarajah di bawah.
Nuffnang di tepi layout/diluar layout |
Untuk meletakan iklan nuffnang di tepi layout/di luar layout.Korang pergi dekat PAGE ELEMENT & ADD a GADGET, pilih HTML/JAVASCRIPT, lepas tu copy kode di bawah ni & letakan di dalam ruang tab HTML/JAVASCRIPT.
<div style=’display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;‘>
LETAK KODE NUFFNANG DEKAT RUANG NI </div>
Nampak kan text LETAK KODE NUFFNANG DEKAT RUANG NI.So dah nampak letak la kode nuffnang di ruang tu.Bila dah letak SAVE & Klik sekali lagi SAVE & View blog korang.Jadi tak??
Ok la.admin harap dengan cara macam ni korang akan mudah faham..Kalau tak faham & tak menjadi.Sila tinggalkan komen di bawah ni ye.Selamat maju jaya!!! :D