Home » , , , » Mahkamah Hati

Mahkamah Hati

Written By puterablog1malaysia on Tuesday | 6:57 AM


MAHKAMAH HATI

Mahkamah PENGADILAN itu ada TIGA..

Pertama, MAHKAMAH DI DUNIA, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, MAHKAMAH DI AKHIRAT, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki, dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah MAHKAMAH HATI. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan...


Recommend on Google