Salam..dah bace tajuk kat atas tu tahula kan admin nak post apa pagi-pagi buta ni..Admin ada jumpa 1 info daripda tokwan dalam facebook.So admin rasa admin kena bace ambik tahu & korang jugak macam tu jugak..kena bace..Admin kena ambik tahu ni sebab admin minat ikan keli dari kecik lagi.Tak tahu pula ada yang boleh kita kenal halal haram tentang ikan ni.Aduyai..yang dah termakan tu kira halal la yek..Ok la, pagi-pagi ni admin share cara-cara nak mengenal halal haram ikan keli tu.Rasanya mudah untuk korang kenal yang mana dah biasa tengok & makan ikan keli ni..
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
- · Kepala berbentuk 'V'
- · Bentuk badan mirip torpedo
- · Badan berwarna hitam berkilat
- · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
- · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
- · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
- · Kepala berbentuk 'U'
- · Bentuk badan tirus
- · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
- · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
- · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
- · Digoreng tidak meletup
Jadi info ini mungkin berguna sewaktu korang hendak membeli ikan keli dipasar.