Home » , , , , , , , » DOA UTK YG BERCINTA, TENGAH BERCINTA @ BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG..

DOA UTK YG BERCINTA, TENGAH BERCINTA @ BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG..

Written By puterablog1malaysia on Saturday | 8:20 AM



Ya Allah; Seandainya telah engkau catatkan;
Dia milikku tercipta buatku; Satukanlah hatinya
dengan hatiku; Titipkanlah kebahagiaan antara kami;
agar kemesraan itu abadi; Dan ya Allah; Ya tuhanku
yang maha mengasihi; Seiringkanlah kami melayari
hidup ini; Ketepian yang sejahtera dan abadi;

Tetapi Ya Allah; Seandainya telah engkau
takdirkan dia bukan milikku; Bawalah ia jauh
dari pandanganku; Luputkanlah ia dari
ingatanku; Dan peliharalah aku dari kekecewaan;

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan; Melontar bayangannya
jauh ke dada langit; Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia; Walaupun tanpa
bersama dengannya;

Dan ya Allah yang tercinta; Gantillah yang telah
hilang; Tumbuhkanlah kembali yang telah patah;
Walaupun tidak sama dengan dirinya;

Ya Allah ya tuhanku; Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu; Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan; Adalah yang terbaik buat ku; kerana
engkau maha mengetahui; Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini;

Ya Allah; Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku; Di dunia dan di akhirat; Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yang daif ini; Jangan
engkau biarkan aku sendirian; Di dunia ini mahupun
di akhirat; Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
kemungkaran; Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman; Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup; Ke jalan yang Engkau
redhai; dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh;
Amin.. Ya Rabbal A'lamin


Recommend on Google