Home » , , » Jenazah Ditemani Bidadari

Jenazah Ditemani Bidadari

Written By puterablog1malaysia on Monday | 11:48 PM



Diriwayatkan oleh Imam Hakim, dari Yahya bin Ayyub ra berkata, di zaman khalifah Umar bin Khattab ra, ada seorang pemuda yang soleh dan sangat rajin beribadah. Bahkan Khalifah sendiri pun sangat senang apabila melihat pemuda tersebut sedang melaksanakan solat.

Setiap malamnya, setelah solat isya di masjid, pemuda itu pergi melawat ayahnya yang sudah tua renta. Antara masjid dan rumah ayahnya, ada seorang wanita yang cantik dan selalu memperhatikan gerak-geri pemuda soleh tersebut. Wanita itu sangat terpesona dan rupanya mencintai pemuda itu.

Maka, pada suatu malam, wanita itu menunggu pemuda soleh tersebut di jalan yang biasa dilaluinya. Seperti biasa, selepas isya, pemuda tersebut datang ke rumah ayahnya. Ketika di tengah jalan, pemuda itu berjumpa dengan wanita tadi.
"Mampirlah sebentar ke rumahku," kata wanita itu.

Menolak Maksiat.
Si pemuda soleh itu rupanya tergoda dengan pujuk rayu wanita cantik itu.
Kemudian ia melangkahkan kakinya menuju rumah wanita penggoda, akan tetapi, ketika si pemuda akan melangkahkan kakinya untuk melintasi pintu rumah, secara tiba-tiba pemuda tersebut mengucapkan salah satu ayat Al-Quran yang lebih kurang ertinya,
"Dan orang-orang yang bertakwa, ketika syaitan memasukkan perasaan was-was ke dalam hatinya, maka ia akan dapat membezakan mana yang haq dan mana yang batil."

Seketika itu juga, sang pemuda jatuh pengsan. Melihat hal itu, si wanita lalu memanggil budak wanitanya dan cuba untuk membangunkan si pemuda. Kerana pemuda tersebut tidak sedar-sedar juga, maka si wanita dan hamba sahayanya membawa pemuda itu ke rumah ayahnya.
Setelah sampai di depan rumah ayahnya tersebut, si wanita tadi mengetuk pintu rumah dengan kuat, lalu melarikan diri bersama budaknya.

Ketika sang ayah membuka pintu, maka ia terkejut melihat anaknya yang tidak sedar diri terbaring di depan pintu rumahnya.
Lalu pemuda itu dibawa masuk oelh ahli keluarganya yang lain.

Beberapa hari kemudian setelah si pemuda sedar, sang ayah penasaran apa yang sebnarnya berlaku terhadap anaknya itu. Lalu sang ayah meminta anaknya untuk menceritakan peristiwa yang dialaminya.

Dua Syurga.
Sang pemuda lalu bercerita kepada ayahnya tentang peristiwa yang terjadi pada malam itu.
Ketika si pemuda membaca ayat yang ia sebutkan pada malam itu, amak si pemuda tersebut kembali pengsan tak sedarkan diri.

Melihat hal ini, sang ayah terkejut lagi dan berusaha membangunkan anaknya bersama ahli keluarga yang lain.
Ternyata pemuda tersebut telah meninggal dunia.
Pada malam itu juga, mayat si pemuda dimandikan, dikafani dan dikuburkan.

Keesokan harinya, berita kematian si pemuda tersebut telah sampai ke telinga Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra.
Sang Khalifah pun minta dihantar ke kuburan si pemuda tersbut.
Sesampainya di kuburan, Umar ra berkata kepada mayat yang ada di dalam kubur itu dengan membaca surat Ar-Rahman ayat 46 yang bermaksud,
"Dan bagi orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada dua syurga."

"Wahai Amirul Mukminin, ketahuilah bahawa sesungguhnya saat ini aku telah merasakan janji Allah SWT tersebut, iaitu mendapatkan dua syurga," jawab pemuda itu dari dalam kubur.

Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksud dua syurga tersbut adalah:
1. Satu syurga untuk dirinya sendiri.
2. Satu lagi berupa bidadari yang menemaninya di alam kubur.

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google