Home » , , , , , » KUATKAN HATI INI YA ALLAH

KUATKAN HATI INI YA ALLAH

Written By puterablog1malaysia on Monday | 10:05 AM



KUATKAN HATI INI YA ALLAH

Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz.

Apabila kehendak diri dan takdir bertembung. Lantaran menjadi konflik, sungguh ia amat sakit sekali.

Sememangnya perjalanan ini terasa sungguh sunyi. Hari-hari yang dialui terasa sepi. Mungkin permata yang dimiliki selama ini terpaksa menjauh kerana dirinya bukan milik insan. Dirinya milik Allah. Namun penitian hidup tetap dan mesti diteruskan. Walau hanya bersendirian mencari arah tujuan.

Dengan sejuta nota dan pesanan kepada diri "bertabahlah kamu!"

Sungguh.

Dengan ujian kehidupan, ramai yang tertunduk dan terkulai. Lemah tidak bermaya. Hilang motivasi kehidupan. Tidak mampu untuk berdiri. Apatah lagi berlari dengan senyuman bahagia.

Manusia tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Iman tidak mampu menyelit untuk diberi ruang bersuara. Begitulah apa yang dialami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, melainkan berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Allah...

Aku jua punya hati. Aku takut untuk gagal. Aku gusar untuk melangkah. Takut langkahku mati.
Oh! Kenapa rasa itu hadir dalam diri? Kala kau mahu menyeru pada Ilahi?

Kuatkan aku ya Rabbi. Jangan Kau biar aku kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa ini. Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Hanya Engkau....

share from : Dunia macam-macam

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google