Home » » Sudah ready untuk satu perkara ini??

Sudah ready untuk satu perkara ini??

Written By puterablog1malaysia on Monday | 8:28 PM



Setiap pagi, selepas bangun pagi, mesti saya melihat jam di dinding atau di handphone. Dah subuh rupanya. Tetapi dalam kita tidak sedari, setiap saat yang berlalu membuatkan umur kita bertambah dan semakin hampir dipanggil olehNya.

Artikel kali ini hendak membawa anda dan diri saya sendiri melihat waktu untuk ibubapa kita. Kita sedar, setiap minit yang berlalu membuatkan diri kita semakin tua tetapi bagaimana pula dengan orang tua kita.

Setiap minit yang berlalu bagi kita, sama juga dengan mereka. Setiap minit, mereka sudah semakin hampir dipanggil. Pernah kita sedar?

Adakah anda sudah bersedia menghadapi mereka akan dipanggil olehNya? Tanya pada diri sendiri, apa yang perlu kita lakukan untuk bersua dengan keadaan sebegini tidak lama lagi.

Dah cukup kah kita memberi kepada mereka apa yang PATUT kita lakukan. Adakah kebajikan mereka kita sudah tunaikan? Mungkin tidak mungkin ia..

Itulah senario yang kita dapat lihat hari ini. Anak tidak mengaku bapa mereka sendiri, anak hantar ke pusat orang-orang tua dan sebagainya.
Itu bagi mereka yang jahat kepada ibubapanya, tetapi bagaimana pula kepada anak yang baik kepada ibubapanya?
Baru umur belasan atau awal tahun, mereka sudah kehilangan ibubapa mereka tetapi kita jarang sekali berfikir tentang nasib mereka. Apa yang mereka rasakan? Kalau kita ditempat mereka bagaimana?

Dulu, pernah satu kali rombongan universiti saya pergi ke sebuah rumah anak yatim untuk menyalurkan bantuan. Tiba-tiba, datang seorang anak kecil memanggil saya "ayah". Terkejut juga pada mulanya, tapi kemudian, anak kecil itu berkata muka saya mirip arwah bapanya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya ketika itu.

Bagaimana pula bagi kita yang masih seorang pelajar, yang sedang mengikuti pengajian di universiti dan masih dibawah tanggungan ibubapa? Andai kata mereka pergi, anda sudah bersedia?

Mulakan dari sekarang, bina semangat berdikari. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai anak kepada mereka. Beri perhatian kepada ibubapa kita juga. Yang paling penting, bahagiakan mereka kerana setiap amalan kita yang baik kepada ibubapa, pasti diberi ganjaran oleh Allah swt.
Berikan yang terbaik buat mereka sementara mereka masih hidup. Jangan biarkan mereka terseksa kerana anda tapi biarkan senyuman dibibir mereka kerana anda.

Kadang-kadang, saya melihat, anak yang lebih bangga dengan kemewahan ibubapanya. Pergi shopping sambil menunjuk-nunjuk di facebook padahal bukannya duit itu dari poket sendiri, tapi dari poket ibubapa. Memang tak salah untuk berbelanja, tapi dalam usia 20-an, wajarkah kita masih lagi nak guna 100% duit ibubapa. Cubalah berdikari sendiri, kelak, bila mereka tiada lagi, adakah masa itu baru kita mahu belajar berdikari sendiri?

Ringankan beban mereka, walaupun hanya RM1, pasti hati mereka berdoa meminta kejayaan kepada kita.

Bahagiakanlah ibubapa kita. Dalam kita menghitung umur kita sendiri, ingatlah jua kepada umur ibubapa kita. Kematian tidak memberi isyarat, ia datang tanpa diundang. Sayangilah mereka. Ingat, anak yang baik ialah anak yang mampu memberi kebahagian dijiwa mereka walaupun tinggal sesaat hidup mereka.

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google