Home » » Doa, apa yang perlu anda tahu.

Doa, apa yang perlu anda tahu.

Written By puterablog1malaysia on Monday | 8:33 PM



Antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada kita sebagai hambaNya ialah Dia tidak pernah mewujudkan sebarang bentuk halangan untuk kita memohon kepadaNya.
Kita diperintahkan untuk berdoa secara 'direct' kepada Allah tanpa ada sebarang perantaraan dalam hubungan suci ini. Islam juga menolak segala bentuk keberhalaan yang menjadikan sesuatu mahkluk itu sebagai jelmaan Tuhan dan perbuatan tersebut dianggap syirik.

Tapi apa yang kita lihat di dalam senario dunia sekarang, ramai orang yang beragama Islam pergi ke tempat perkuburan wali atau nabi meminta tolong kepada mereka. "Fulan bin fulan, tolonglah kami..." Inilah dialog yang pasti akan terkeluar dari mulut orang-orang yang buta hatinya tapi celik matanya. Ada pula yang meminta orang kuat agamanya untuk mendoakan dirinya kerana bagi mereka, orang yangk kuat agama ini lebih dekat kepada Tuhan dan mereka jauh sedikit daripada Tuhan.

Islam yang tulen bebas daripada segala unsur kebodohan diatas


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka ). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk."

Surah Al Baqarah 2:186

Allah sentiasa hampir dengan kita serta mendengar dan memperkenankan doa kita. Tiada halangan untuk kita merintih dan merayu kepada Allah swt. Walau dari mana kita berasal, apa pun bangsa dan bahasa, Allah sentiasa sudi untuk mendengar segala rintihan kita, lalu dimustajabkan doa kita dengan cara yang dikehendaki olehNya.

Bertambah banyak kita sentiasa berdoa kepadaNya, semakin dekat diri kita kepadaNya. Malah Allah tidak pernah jemu melihat kita berdoa bahkan Allah lebih suka kita memperbanyakkan doa kepadaNya. Hal ini kerana, doa adalah lambang kepada kehambaan kita kepada Allah swt.

Doa adalah ibadah.

Ramai diantara kita tidak perasan bahawa doa itu satu ibadah juga. Walaupun pada zahirnya seseorang itu sedang berdoa untuk kepentingan dirinya, tetapi pada hakikatnya, dia sedang melakukan ibadah, membuktikan keikhlasannya kepada Allah dan ketundukannya kepada Tuhan yang sebenar.

Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah.

Doa sentiasa diterima

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika doa kita belum dimakbulkan, mungkin ada beberapa faktor lain yang menganggu. Mungkin, doa yang kita mohon itu tidak memberikan kebaikan kepada kita jika dimustajabkan.

Ada doa kita diterima oleh Allah didunia dan ada yang tidak diberikan disebabkan hikmah yang Allah lebih mengetahui, lalu disimpan doa kita disisiNya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa yang kita pohon itu ditukar denang kebaikan-kebaikan yang lain seperti kita diselamatkan daripada bahaya didalam kehidupan yang tidak diduga oleh kita.

Oleh itu, ubah konsep doa dalam diri kita, tidak dimakbulkan bukan bererti Tuhan tidak sayang kepada kita, tapi Dia menangguhkan doa kita dengan hikmah yang tersendiri yang barangkali hikmah itu yang lebih kita perlukan berbanding doa kita.

Berdoa tapi tidak memahami.

Kita hendaklah tahu bahawa doa itu bermaksud permohonan. Selaku pemohon, kita hendaklah terlebih dahulu memahami apa yang kita pohon. Tidak akan dinamakan doa jika kita memohon benda yang kita sendiri tak tahu apa yang kita pohonkan.
Oleh sebab demikian, kita digalakan berdoa dalam bahasa yang lebih dekat dengan kita.
Saya sendiri pelik, ada diantara yang berserban mahupun bertudung labuh menghafal teks arab kerana ingin menjadi 'ketua' dalam majlis ataupun ingin nampak lebih 'power'.
Bagi saya, bahasa melayu lebih mudah dan dekat dihati, malah jika tok imam membaca doa dalam bahasa melayu sekalipun, bacaan doa tersebut tetapi tidak dijatuhkan kelas ke-2. Kadang-kadang, kita sendiri tak faham kan apa yang tok imam bacakan, lalu kita pun dengan tidak mengerti mengamin doa tersebut dalam keadaan terpinga-pinga.


Berdoalah ketika sujud kerana disitu waktu mustajab doanya.

"paling dekat hamba dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud."
Riwayat muslim

Semoga perkongsian saya kali ini memberi makna kepada pembaca sekalian.


"berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lali dan alpa."
Riwayat at-Tarmizi,disahihkan oleh al-Albani

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google