Home » » Tanda-tanda Orang Bahagia

Tanda-tanda Orang Bahagia

Written By puterablog1malaysia on Monday | 9:01 PM



  • Jika ilmunya semakin banyak, maka ia semakin tawaduk dalam kehidupannya. Ibarat sebuah permata yang semakin berat timbangannya dan semakin bagus bentuknya akan semakin menjauhi dari permukaan laut. Ia sedar bahawa ilmu adalah suatu anugerah baginya dari Allah yang dengan anugerah tersebut Allah mengujinya. Apabila ia mampu bersyukur dan memanfaatkan ilmunya itu dengan sebaik baiknya, maka Allah akan meninggikan darjatnya di sisi-Nya.

  • Bila amalannya semakin banyak, dia semakin berhati-hati dalam beramal. Ia khawatir kalau kakinya tergelincir kepada dosa, ucapannya itu akan menggangu orang lain. Ia selalu mengingat dirinya dan waspada terhadap bahaya yang datang akibat perbuatan dirinya sendiri. Ia adalah bagaikan seekor burung yang selalu berhati-hati. Di mana setiap burung itu hinggap di atas dahan pokok, dia akan menuju ranting lain kerana khawatir akan kelihatan si pemburu.

  • Jika usianya semakin bertambah semakin kurang rasa tamak terhadap dirinya sendiri. Dia menyedari bahawa dia tidak lama lagi hidup di dunia ini. Dengan sedemikian dia akan memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan diakhirat kelak.

  • Semakin bertambah hartanya dia semakin dermawan dan bermurah hati kepada orang lain. Ia semakin sedar bahawa harta hanyalah titipan dari Allah dan ujian dariNya. Suatu saat nanti harta itu diminta pertanggungjawabkan dari yang Kuasa. Sedangkan kematian boleh saja datang saban waktu tanpa ada sebarang peringatan sebelumnya.

  • Semakin bertambah kedudukan sosialnya, semakin dekat dengan orang-orang lain dan semakin serius ia memperhatikan kehidupan orang-orang disekitarnya. Ia menjadi semakin ramah, rendah hati terhadap mereka kerana manusia itu hakikatnya adalah keluarga Allah, sedangkan orang yang paling dicintai oleh Allah adalah orang yang paling baik kepada keluarga-Nya.

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google