Petikan ini adalah hasil daripada kata-kata beberapa pemimpin yang terkemuka didunia. Diharap petikan ini mampu membantu untuk memberi semangat kepada anda supaya lebih gigih untuk melalui nikmat kehidupan.
- Apa yang membuatkan kehidupan suram adalah ketiadaan motif kehidupan.
- Manusia dinilai bukan kerana siapa mereka, tetapi apa yang mereka telah lakukan.
- Selagi saya mempunyai keinginan, saya ada alasan untuk hidup. Tanpa keinginan adalah kematian.
- Singkirkan penyebab atau puncanya, dan kesannya akan berhenti.
- Rahsia untuk berdisiplin adalah motivasi, apabila seseorang sentiasa bermotivasi, disiplin akan hadir dengan sendirinya.
- Keinginan yang besar tidak harus disertakan dengan kesulitan yang besar. Jadikan diri anda lebih besar daripada masalah yang dihadapi.
- Kehidupan terlalu singkat, jadi nyalakannya.
- Bakat tidak cukup. Anda perlukan motivasi dan ketekunan.
- Jangan biarkan ketakutan mempengaruhi keinginan anda.
- Kegagalan paling besar adalah mengambil keputusan untuk tidak melakukan sesuatu kerana takut akan kegagalan.
- Anda adalah seperti apa yang anda fikirkan.
- Apa yang anda lakukan hari ini adalah apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
- Jangan sesekali berputus asa terhadap keinginan dan harapan ketika anda masih hidup.
- Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima.
- Kita boleh lakukan apa yang kita ingin lakukan dengan keinginan yang kuat. Apa yang perlu anda lakukan? adalah soalan yang sepatutnya bermain apabila anda mengalami kesulitan.
- Menang bukanlah segala-galanya. Keinginan untuk menang adalah kuncinya.
- Sekiranya anda mampu belajar dengan cara yang keras, anda juga perlu mampu belajar dengan cara yang lembut.
- Jangan sesekali melupakan sejarah, kerana ia adalah panduan pada masa akan datang.
- Mendapatkan maklumat yang tepat adalah satu rahsia motivasi.
- Barisan depan bolasepak adalah untuk mencapai sesuatu objektif, barisan tengah adalah untuk menjaga kestabilan organisasi, dan barisan pertahanan adalah pelindung daripada ancaman musuh.
- Jika anda fikirkan anda boleh, anda semakin menghampiri kejayaan.
- Pemimpin tidak seharusnya lebih jauh dari pengikutnya.
- Seorang yang melawan api dengan api biasanya berakhir dengan abu.
0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment