Home » » 91 Laman Web Diserang Secara Keseluruhan Malam Semalam

91 Laman Web Diserang Secara Keseluruhan Malam Semalam

Written By puterablog1malaysia on Thursday | 6:16 AM




Lanjutan daripada pengodaman dan serangan siber pada malam semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah pun mengumumkan yang mana sebanyak 51 web .gov.my telah diserang. Selain daripada web .gov.my, ianya juga diketahui yang mana sebanyak 40 web tempatan yang lain telah diserang, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 91 web.

Menurut SKMM lagi, sebanyak 76 web telah pun beroperasi seperti asal kembali, dan selebihnya dalam proses pengembalian. Walaubagaimanapun, ianya tidak begitu menjejaskan sebarang perkhidmatan secara keseluruhannya, dan dapat beroperasi secara lancar sepanjang hari ini.

Salah satu laman komuniti tempatan yang turut diserang adalah GengBlogger. Untuk mengatasi sebarang perkara yang tidak diingini, ianya diminta anda membuat salinan pangkalan data dan fail-fail penting sebagai langkah keselamatan, selain memastikan laman yang anda layari adalah sah, dan bukannya laman phishing dan sebagainya.



0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google