Home » , , , , , » 4 Kemahuan Lelaki Mahukan daripada Wanita

4 Kemahuan Lelaki Mahukan daripada Wanita

Written By puterablog1malaysia on Tuesday | 7:32 AM

Aii assalamualaikum guys...Ari ni aku penat sngat berfikir..Bekerja kebanyakan menggunakan akal fikiran adalah kerja yang paling penat sekali.Tambahan pula diikuti dengan pergerakan.Menjadi seorang designer memang orang cakap kerja y enjoy but xsemuanya mudah berkata begitu.Ingin menjadi seorang designer yang bermakna & tidak luput dengan idea2 yang boleh memberi senyuman & mendengar daripada mulut seseorang yang memberi kelegaan dengan hasil kerja kita sangat memberi cabaran..

Bukan senang nak bagi kepuasan kepada diri orang lain.Semuanya harus di tempuhi sebagai seorang designer..Di Hari & dibulan ini adalah bulan yang mulia.Tidak dapat aku memberi alasan untuk aku berhenti teruskan bekerja.Dalam kepenatan & tertekan ingin mengeluarkan suatu mutu design, aku hilangkan rasa penat itu dengan berjalan2 di alam maya & mencari artikel yang memberi kesan kepada diri aku untuk menghilangkan kepenatan itu.Oleh itu aku telah jumpa 1 artikel yang memng tepat dengan cita rasa aku & keinginan aku.aku copy paste daripada sebuah freelance blogger, hazissac.blogspot.com. Aku yakin artikel ini kebanyakan lelaki mahukan daripada seorang wanita..Untuk wanita, jika korang bace artikel ini.aku harap korang dapat berfikir & membuat sesuatu yang baik untuk lelaki..


4 Kemahuan Lelaki Mahukan daripada Wanita

Apabila diceritakan mengenai kemahuan lelaki, pasti pemikiran lebih cenderung untuk memikirkan mengenai seksualiti. Ini kerana kemahuan lelaki lebih sinonim dengan kemahuan seks. Tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan dari sudut seks, tetapi lebih kepada kemahuan psikologi.

Jadi, apa yang lelaki mahu dari wanita?

1. Teman

Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan semangat mereka.
2. Terbuka dan jujur

Lelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka mahu tahu apa yang bermain difikiran wanita itu mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita daripada dirinya ditipu.
3. Sifat kewanitaan

Apa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka. Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat feminin untuk melengkapi keperluan mereka.
4. Penasihat

Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka. Tetapi itu bukan perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan


3 Rakyat Bersuara:

  1. okey..b0leyh la sy mengurat lepas ni

    ReplyDelete
  2. per1 niat msti kena ada..y ke 2 usha...semoga berjaya...hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. ho yeah ho yeah, tq 4 the information, dah paham dah lelaki neh macam mane tehee ;D fyza akan ikut advice neh..

    ReplyDelete

Recommend on Google