Aku Sendiri

Written By puterablog1malaysia on Wednesday | 9:57 AM





















Apakah silap dan salahku,
apakah yang harus ku lakukan
untuk kembalikan senyuman mu

di manakah gelak & tawa mu itu pergi
yang membara di dalam jiwamu sebelum ini
kini bila ku sunyi ku sendiri

ku terbayang & terdengar suara dari mu
apakah ini akan menjadi nyata
engkau tidak memberikan sepatah kata
aku menunggu & terus menunggu segala luahan yang engkau pendamkan.


Aku ingin mengetahui apa yang tersembunyi
di dalam benak hati mu
Aku masih menanti dengan penuh kesabaran
hanya ku mahukan engkau memberikan ku
segala yang engkau pendamkan
di atas tangan ini.

Apa yang ku harapkan kini
engkau memberikan ku segala
yang engkau tidak suka
atas apa yang aku lakukan selama ini.

Katakan sahaja,
adakah engkau tidak suka aku bermesra dengan wanita
yang aku anggap sebagai seorang kawan selama ini
atau engkau tidak suka aku berkawan dengan ramai wanita
yang mengisi masa kosongku semasa engkau tiada di sisi..

Aku ingin engkau mengerti,
Walau seramai mana wanita yang ku kenali hanya engkau la yang bertakhta di hati
tidak sedikit pun di hati ini ingin berlaku curang kepadamu.
Aku inginkan kepastian jika ini melukakan hatimu

Aku rela tamatkan semua perbuatan ku selama ini
untuk menambat hatimu & senyuman mu
demi kebahagiaan kita berdua.

Jika aku tidak dapat menamatkan semua teman-teman ku itu
akan aku kurangkan bergelak ketawa bersama mereka.
Aku rela menjaga hatimu daripada bergelak ketawa bersama mereka.

Aku hendak engkau mengerti hati ini betul-betul mencintai & menyayangimu sepenuh hati.
Jika engkau tidak meluahkan juga selepas engkau membaca coretan ini,
akan aku mengambil tindakan ku sendiri.
Tapi jika tindakan ku itu tidak tepat dengan cita rasa di hatimu
maafkan la aku & tegur la aku sayang..


1 Rakyat Bersuara:

Recommend on Google