Darjat suami lebih tinggi daripada isterinya. Suami boleh kahwin hingga empat orang isteri. Suami adalah pemimpin.
Isteri mesti taat dan patuh pada suami. Isteri perlu mendapat izin suami dalam banyak hal.
Bagaimana perasaan di dalam hati seorang isteri apabila pernyataan-pernyataan ini dihadapkan kepadanya?
Bolehkah hati seorang wanita menerimanya sebagai adil dan patut?
Apakah emosi tercabar dan air muka berubah apabila mendengar khabar suami kahwin lagi?
Jika khabar itu ternyata pula benar bagaimana rasa di hati? Emosi manakah yang bermain di hati - marah, cemburu, sakit hati, curiga, bimbang, takut, sabar, redha, insaf atau pasrah?
Bandingkan pula jika sebaliknya khabar itu palsu, apakah membawa rasa hati yang sama atau berbeza?
Rasa hati yang berbeza, malah jika muntah keluar kata-kata tidak manis menunjukkan emosi anda perlu dipimpin. Mungkin contoh ehwal ini tidak tepat untuk mengukur emosi seorang wanita. Namun sedikit sebanyak ia dapat memberi rangsangan dan singkapan terhadap pertempuran rasa di dalam hati. Perasaan di dalam hati perlu dipimpin. Ini kerana daripada emosi ini akan lahir dalam sikap dan perbuatan sesaorang. Menurut Imam Al Ghazali rm., ilmu (dan maklumat) itu mencetuskan gerak hati dan rasa. Gerak hati dan rasa selanjutnya akan membuahkan amal tindakan.
Gerak hati dan rasa yang dirangsang oleh ilmu dan maklumat yang baik, tepat dan kukuh akan melahirkan tindakan yang terpuji. Sebaliknya jika gerak hati dan rasa yang dipengaruhi oleh was-was, andaian dan keraguan maka akan berbuahlah emosi yang keji dan dibenci.
Bagaimana memimpin perasaan?
Memimpin perasaan tidak dapat lari daripada mendidiknya. Perasaan perlu diluruskan. Perasaan juga perlu ditundukkan. Akar umbi cetusan rasa di hati adalah ilmu dan maklumat. Sekadar “tahu” sahaja tidak cukup. Sebaliknya ilmu dan maklumat perlu ditingkatkan kepada yakin, faham dan kenal.

(1) Meluruskan perasaan
Emosi secara tabiatnya mudah terangsang dan teruja, meruap dan berubah-ubah. Namun emosi juga boleh dikawalselia, dikepong dan dibumikan.
Emosi secara tabiatnya mudah terangsang dan teruja, meruap dan berubah-ubah. Namun emosi juga boleh dikawalselia, dikepong dan dibumikan.
Persoalannya, apakah kayu ukur untuk tentukan bahawa perasaan tidak lari, tersasar dan menyimpang?
Apakah dan di manakah tumang untuk mengikat emosi ke bumi?
Untuk meluruskan sesuatu, perlukan sesuatu yang lurus juga. Suatu objek yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Kayu ukur yang tepat perlu kukuh bersandarkan kepada nilai kebenaran dan keadilan yang murni, mulus dan tiada disaluti kepentingan.
Dalam hal ini Allah SWT telah menjelaskan; & ldquo ;Kebenaran (Al Haq) itu datangnya dari Tuhan kamu, jangan kamu tergolong daripada orang yang ragu.” – Ali Imran : 60.
Dalam hal ini Allah SWT telah menjelaskan; & ldquo ;Kebenaran (Al Haq) itu datangnya dari Tuhan kamu, jangan kamu tergolong daripada orang yang ragu.” – Ali Imran : 60.
Jika kayu ukur yang datangnya dari Allah SWT diambil untuk meluruskan perasaan nescaya ia akan terpimpin. Dengannya akan jelas terbeza antara perkara yang benar dan palsu, betul dan salah, buruk dan baik. Menerima ketetapan suami lebih tinggi darjat menjadi mudah. Ini kerana Allah SWT telah berfirman, “Bagi suami itu terhadap mereka (isteri) dilebihkan satu darjat (lebih tinggi) - Surah Al Baqarah : 228. Darjat lebih tinggi yang dimaksudkan dalam ayat ini Allah jelaskan lagi dalam firman-Nya, “Lelaki (suami) adalah pemimpin ke atas perempuan (isteri).” – Surah An Nisa’ : 34.
Selagi perasaan tidak diluruskan dengan kehendak dan pengaturan Tuhan yang menciptakannya maka manusia tidak
akan tenang dan bahagia. Mana mungkin memperolehi kedamaian dengan melawan tuntutan naluri dan menyongsang dari fitrah kejadiaan. Justeru perasaan perlu diluruskan dengan simpulan-simpulan iman. Emosi perlu diikat kepada ayat-ayat Allah dan janji-janji-Nya dengan sepenuh keyakinan. Yakinlah, Allah sekali-kali tidak memungkiri janji. Luruskan emosi dengan rasa takut dengan ancaman seksa dan kemurkaan Allah. Hiburkan perasaan dengan rasa harap terhadap kurniaan nikmat, pengampunan dan pimpinan dari Allah. Hindarkan diri daripada rasa putus asa dari rahmat Allah SWT. Rasa takut dan harap ini perlu pula seimbang agar membuahkan dorongan perasaan yang kuat dan bermakna (positif).

(2) Menundukan perasaan
Emosi sifatnya mudah terkesan dan terpengaruh. Pengukuhan perasaan dalam hati juga cuba dipengaruhi oleh musuh kebenaran dan kebaikan. Hembusan was-was dari iblis dan syaitan tidak boleh dikecualikan. Allah ada menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Selain meniupkan keraguan dan kebimbangan ke dalam hati manusia dengan memperkudakan nafsu, syaitan juga mempergunakan unsur-unsur luar membantu misinya. Hati dibimbang-bimbangkan dengan nikmat dunia yang menipu daya. Hati dibuaikan dengan rasa takut akan kata-kata dan ancaman manusia yang engkar dan hasad.

Justeru menundukkan perasaan juga termasuk dalam memimpin perasaan. Emosi perlu merdeka dari tunduk kepada pujukan dan pimpinan musuh-musuh kebenaran dan kebaikan ini. Mainan perasaan mereka boleh ditawarkan dengan pedoman dari ilahi. Iaitu dengan ilmu dan yakin. Jangan ada dicelahi dengan kejahilan dan keraguan (syak, dzan dan waham).
Perasaan yang dikudakan nafsu liar ditekan dengan janji dan ayat-ayat Allah. Kisah-kisah kegigihan para kekasih Allah bermujahadah mengekang perasaan juga boleh dijadikan teladan dalam menjalani kehidupan. Basahilah hati dengan imbauan sejarah yang diceritakan dalam Al Quran mahupun dalam sirah Rasulullah saw. Contohilah mereka yang mendapat pujian Allah sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia. Dengan menghayati sejarah manusia yang agung dan berjaya akan menguatkan semangat dan tekat. Diri tidak akan rasa
terpencil dan keseorangan dalam menghadapi apa jua bentuk dugaan dan cabaran.
terpencil dan keseorangan dalam menghadapi apa jua bentuk dugaan dan cabaran.
(3) Memugar dan menyulam perasaan
Setelah perasaan diluruskan dan ditundukkan dengan kebenaran an keadilan yang hakiki, emosi perlu dari masa ke semasa dipugar dan disulam. Ini dilakukan kerana sememangnya sifat manusia yang mudah lupa dan lemah. Juga kerana kadang kala disebabkan perasaan yang telah lurus dan tunduk tidak tersusun dengan rapi. Bandingannya seperti menanam padi, semaian harus dipugar, disulam dan disuburkan dari masa ke semasa. Ada banyak pendekatan untuk memugar dan menyulam perasaan. Baik dengan lisan, tulisan, sikap dan perbuatan.Suami perlu bijak mempermainkan perasaannya untuk mendidik dan memimpin perasaan isteri. Memainkan perasaan di sini berbeza dengan mempermain-mainkan perasaan wanita. Hal ini banyak diperhalusi oleh pakar-pakar psikologi dan kaunselor keluarga. Memimpin rasa ini perlu juga dengan sentuhan rasa. Untuk membuahkan kesan yang mendalam dan berpanjangan, menyulam rasa perlu dari hati dan dengan hati. Kata
orang, sesuatu yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Oleh itu dalam apa jua bentuk dan pendekatan yang diambil, semuanya perlu bersumber daripada perasaan kasih, cinta dan sayang dari dalam hati suami yang ingin membimbing perasaan isteri. Apabila keikhlasan, ketulusan dan kasih sayang menjadi inti dalam kata-kata, nada suara, bunga bahasa yang
diucapkan maka segala teguran, nasihat akan terkesan di hati isteri. Begitu juga inti dalam gerak geri, sikap dan perbuatan itulah yang menyentuh perasaan isteri. Hadiah, buah tangan, sentuhan, gurau senda, peluk cium dan cumbu rayu hanyalah pelengkap sahaja.
Memimpin perasaan dalam pengurusan rumahtangga perlukan kerjasama dan penglibatan kedua-dua suami dan isteri.

Walaupun suami menjadi peneraju, namun jika kedua pihak faham halatuju (road map) dalam memimpin perasaan maka kejayaan lebih mudah dicapai. Sifat berterus terang, saling ingat mengingati dalam membuang yang keruh dan mengambil yang jernih amat membantu. Walaupun tanggungjawab besar di pundak suami, namun kejayaan yang dicapai akan dikecapi nikmatnya bersama di akhirat. Begitu juga dengan kegagalan, bakal sama dikecapi seksaannya di akhirat. Mulakan langkah panjang dengan kesedaran dan keinsafan serta kemahuan yang kuat. Kemudian cari bekalan ilmu dan pedoman serta suasana yang membantu pertumbuhan perasaan yang sihat. Susul hidayah dan taufiq dengan tindakan, usaha dan ikhtiar. Kemudian lapik dengan harapan dan penyerahan.
Jauhi dari penyesalan dan putus asa dari Rahmat Allah. Insya-Allah kepada siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti akan Allah beri petunjuk dan kejayaan. Inilah jaminan Allah dalam firman-Nya; “(Kepada) orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta
dengan orang-orang yang membuat kebaikan.” – Surah Al Ankabut : 69
Koleksi ANIS / Oleh: Abdullah Sharafi