Gambar Sekadar Hiasan |
APAKAH WARNA YANG DILIHAT HANYA HITAM PUTIH SAJA?
Kebanyakan orang pasti berfikir bahawa "Dunia" orang Buta Warna itu hanya ada dua warna yang membosankan, iaitu hitam dah putih. Namun ternyata salah, kerana ternyata orang yang Buta warna ini berbeza jenisnya.
Ada juga orang yang buta warna yang boleh melihat warna selain hitam putih. Untuk tahu lebih lanjut semak perbezaan di bawah ini
JENIS BUTA WARNA
1. Trikromasi
iaitu mata mengalami perubahan tingkat sensitivitas warna dari satu atau lebih sel kerucut pada retina. Jenis buta warna inilah yang sering dialami oleh orang.
Ada tiga klasifikasi turunan pada trikomasi :
Protanomali, seorang buta warna lemah mengenal merah
Deuteromali, warna hijau akan sukar dikenali oleh pesakit buta warna
Trinomali (low blue), keadaan di mana warna biru sukar dikenali oleh pesakit.
2. Dikromasi
iaitu keadaan ketika satu dari tiga sel kerucut tidak ada.
3. Monokromasi
Monokromasi sebenarnya selalu dianggap sebagai buta warna oleh orang umum. Keadaan ini ditandai dengan retina mata mengalami kerosakan keseluruhan mengenai warna. Hanya warna hitam dan putih yang mampu diterima retina.
PENYEBAB BUTA WARNA
Buta warna adalah keadaan yang diturunkan secara genetik. Dibawa oleh kromosom X pada perempuan, buta warna diturunkan kepada anak-anaknya. Ketika seseorang mengalami buta warna, mata mereka tidak mampu menghasilkan keseluruhan pigmen yang diperlukan untuk mata berfungsi dengan normal.
FAKTA TENTANG BUTA WARNA
1. Buta warna selalu terjadi pada seseorang berjenis kelamin lelaki dibandingkan perempuan. Sebanyak 99% seorang buta warna tidak mampu membezakan antara warna hijau dan merah. Ada juga yang tidak mampu mengenali perbezaan antara warna merah dan hijau.
2. Cacat mata ini merupakan kelainan genetik yang diturunkan oleh ayah atau ibu.
3. Belum dapat dipastikan berkaitan jumlah pesakit, akan tetapi sebuah penelitian menyebutkan sebesar 8 -12% lelaki Eropah adalah pengidap buta warna. Sementara peratus perempuan Eropa yang buta warna adalah 0,5 -1%. Tingkat buta warna di benua lain tentu bervariasi.
4. Tidak ada cara untuk mengubati buta warna, kerana ia bukan penyakit melainkan cacat mata. Boleh jadi seorang buta warna akan merasa tersiksa dengan keadaan ini. Sebahagian pekerjaan menetapkan syarat bahawa pekerjanya harus tidak buta warna.
5. Untuk mengetahui apakah seseorang menderita buta warna, dilakukan ujian dengan menggunakan plat bernama Ishihara.
6. Banteng ternyata buta warna. Kesan yang ditimbulkan warna merah mengakibatkan binatang tersebut melonjak emosinya, bukan akibat warna merah itu sendiri.
7. Pada Perang Dunia II, serdadu yang buta warna dikirim untuk melakukan misi tertentu. Ketidakmampuan mereka untuk melihat warna hijau dialih fungsikan untuk mendeteksi adanya kamuflase yang dilakukan pihak lawan.
8. Setiap orang yang buta warna,sudah terlahir dengan buta warna (dari umur 0 tahun sudah buta warna).
9. Penyandang buta warna selalu dihantui oleh pertanyaan “Warna apakah ini?”
APAKAH ANDA BUTA WARNA? IKUTI UJIAN DI BAWAH INI :
Soal 1
Carilah sebuah kotak, bulatan dan bintang pada gambar dibawah ini :
Soal 2
Dalam tiga saat, cari sebuah bulatan, petak segi atau bintang dari gambar berikut.
Soal 3
Perhatikan baik-baik gambar di bawah ini
Selepas itu cari gambar salah satu benda yang ada di gambar atas pada gambar yang ada dibawah ni.
hehehe...macam ujian lesan kan...bawah ni jawapan ujian di atas
Jawaban 1 : Semua orang dapat melihat gambar petak segi, bintang dan bulatan.
Jawaban 2 : Orang dengan buta warna hanya dapat melihat gambar petak segi sahaja.
Jawaban 3 : Orang dengan buta warna tidak akan dapat melihat apa-apa.