Tentang Kaabah

Written By puterablog1malaysia on Sunday | 8:23 AM

Assalamualaikum.Salam aidiladha kepada semua umat islam yang menyambutnya pada 6.11.2011.Admin sangat berbesar hati kepada pengunjung admin yang sentiasa memberi sokongan & dorongan mengenai blog ini.Admin kadang-kadang tidak mempunyai masa y cukup untuk melakukan research kepada pengunjung blog admin yang bertanya melalui  fb admin tapi walau bagaimana pun admin sentiasa ingat & cuba luangkan masa untuk memenuhi permintaan pengunjung admin..Pada tengah malam ini, admin akan berkongsi kepada pengunjung2x admin mengenai kaabah..Korang tahu kan kaabah terletak di mana, berapa ukuran dia, berapa kali pembersihan di lakukan di dalamnya..kalau yang dah tahu, korang boleh bace lagi sekali & bagi yang belum bace.teruskan sahaja membaca entry ni ye.kalau ada salah & silap mengenai entry ini atau sebelum ini, admin harap teguran dapat diberikan.


Pembersihan Kaabah ini kebiasaanya dilakukan dua kali setahun iaitu pada 15 Syaaban dan juga pada pertengahan Muharram. Semasa upacara pembersihan Kaabah, dikatakan ahli akademik Islam, pegawai kerajaan dan diplomat akan datang menghadirkan diri.

Upacara pembersihan Kaabah :

1. Bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

2. Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

3. Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.

4. Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar.

5. Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu.

6. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.




Struktur & Keadaan dalaman Kaabah :

1. Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.

2. Kain sutera asli berwarna hitam seberat 670kg dan berharga AS$4.5 juta (AS$1 = RM3.38) itu dihiasi ayat-ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas serta perak. Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 keping kain, yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95sm lebar

3. Keadaan dalamannya dipenuhi wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, ‘anbar dan ‘ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Kaabah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

5. Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara.

6. Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak.

7. Terdapat lantai tanda tempat sujud Nabi Muhammad SAW dan juga multazam, di mana baginda melekatkan perutnya yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

9. Bahagian atas Kaabah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf ?(dal) atau angka lapan Arab (yang bermaksud Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung).

10. Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci.

11. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

12. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Kaabah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Kaabah.

13. Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

14. Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

15. Memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.

16. Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga.

17. Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada setiap kali berlakunya pembaikpulihan Kaabah.

18. Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah.






Kaabah bukan pusat bumi. Tetapi mta. Asalnya dulu kiblat di palestin, iaitu Masjidil Aqsar. Kemudian Allah SWT perintahkah kiblat ditukakan yang mana pada masa itu, berlakunya perubahan dalam titik alam semesta. Itulah dia The amazing of Kaabah..dan juga penentuan arah kiblat yang boleh dibuat untuk setiap negara iaitu Fenomena Istiwa yang mana matahari berada tegak di atas Kaabah.

Recommend on Google