Home » , , , » Sering dibicarakan oleh hati??

Sering dibicarakan oleh hati??

Written By puterablog1malaysia on Thursday | 12:08 PM





Apakah yang sering dibicarakan oleh hati apabila memiliki cinta??

Apakah banyak persoalan yang datang singgah di hati apabila cinta itu milik kita?

Setiap kali cinta menyentuh jiwa, kita sering mengharapkan sebuah kota cinta itu kekal hingga ke akhirnya.Setiap orang mampu membayangkan sebuah cinta yang bahagia tetapi untuk membinanya 
bukan semudah yang kita sangkakan.Sebuah perasaan yang tidak dapat di sentuh dengan anggota luaran tetapi sebaliknya, ia boleh disentuh dengan anggota dalaman. Tidak dapat dilihat sebuah perasaan yang sebenar, bagaimanakah bentuk perasaan itu, bagaimanakah perasaan yang lahir daripada kata-kata, rupa & harta boleh membentuk sebuah kota yang besar lagi bersinar di terangi dengan cahaya-cahaya cinta.Sukar untuk di gapai kebahagiaan itu dengan masa yang begitu singkat. Harapan setinggi langit, seluas lautan luas gambaran untuk menggapainya, hanya dari pandangan mata, tetapi jika di nilai dari sudut hati & sebuah perasaan, lagi tinggi dari langit & lagi besar dari lautan luas.

Mampu berjalan ke depan & ke belakang tetapi masa tidak. Kita mampu melepaskan sebuah ungkapan tetapi untuk menariknya semula, sangat sukar. Manusia tiada di sekeliling, hanya ada kita, kita sahaja kena berusaha gigih untuk mencari sumber untuk hidup & mencari kalau ada-ada manusia yang serupa dengan kita, serupa dari keinginan serupa dari hati & perasaan.Kesusahan mengajar kita erti hidup sebenar, kekecewaan mengajar kita erti sebuah perasaan & cinta mengajar kita untuk suka duka bersama.


Recommend on Google