Home » , , , » Only 60 seconds

Only 60 seconds

Written By puterablog1malaysia on Monday | 7:37 PM


Phileas Fogg  mengambil masa 80 hari untuk mengelilingi dunia tetapi,dengan adanya teknologi, ia kini boleh dilakukan dalam masa hanya satu minit.James Drake mengabungkan bersama-sama imej dari ISS, yang bergerak kira-kira 220 kilometer di atas permukaan, untuk membuat rakaman video selama satu minit disamping 600 imej untuk diupload di laman web Gateway to Astronaut Photography of Earth untuk dikongsi dengan penduduk bumi,pandangan yang menakjubkan negara-negara Amerika Utara dan Selatan melalui ISS.ISS,selain Salyut, Azlina, Cosmos, Skylab,dan stesen angkasa MIR, merupaka stesen angkasa yang ke-11 dilancarkan ke orbit oleh manusia. ISS berfungsi sebagai makmal penyelidikan yang mempunyai persekitaran mikrograviti di mana Saintis boleh menjalankan uji kaji dalam pelbagai bidang termasuk biologi, biologi manusia, fizik, astronomi dan meteorologi. 

Stesen ini mempunyai persekitaran yang unik untuk menguji sistem kapal angkasa yang akan diperlukan untuk misi ke Bulan dan Marikh.Stesen ISS ini dijangka kekal beroperasi sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020, dan berpotensi hingga tahun 2028, apabila modul Rusia akan dipisahkan untuk membentuk stesen ruang OPSEK. Agensi Angkasa Eropah menganggarkan bahawa kos stesen ISS akan meningkat € 100 bilion dalam tempoh 30 tahun. Pada 2 November tahun lepas ISS menandakan ulang tahun ke-10 pendudukan manusia yang berterusan, dan ia dilancarkan hampir 11 tahun yang lalu, pada 31 Oktober, 2000. Odometer stesen ini telah membaca lebih daripada 1.5 bilion batu ( bersamaan lapan perjalanan pusingan Matahari ), sepanjang 57.361orbit mengelilingi Bumi.











SUMBER : infoserius
[LINK] [LINK] [LINK] [LINK] [LINK]


Sign In & Menang smartphone daripda Celcom setiap hari!!
#CelcomILoveMusic LALALALALALA

0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google