Home »
» Kisah MencarI Cahaya
Kisah MencarI Cahaya
Written By puterablog1malaysia on Monday | 8:39 PM
Sentuhan Qalbu kali ini ingin berkongsi kepada anda, satu kisah yang saya rasa ia begitu berguna untuk kita semua.
Sebuah kisah yang memaparkan susur galur seorang pemuda yang ingin mencari cahaya.
Sebelum perjalanan mencari kehidupan yang sebenar, pemuda ini sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Hari demi hari, masa demi masa, akhirnya, tatkala satu peristiwa menimpa dirinya, hatinya tiba-tiba mengeletar. Igauan mimpi kehidupan hitamnya sering membuat jiwa berasa kosong. Tidak enak untuk dibuai mimpi yang indah.
Lalu, pemuda ini pergi ke suatu tempat mencari cahaya yang baginya mungkin mampu mengubah hidupnya yang sering dalam kehitaman. Setiap langkah yang dituju, terpalit satu perkataan dihatinya iaitu BERUBAH.
Namun, tidak semudah itu pemuda ini ingin berubah hidupnya. Dugaan dan godaan sentiasa mengekori bayangannya. Jiwanya kencang meniup hembusan kehitaman tapi dirinya masih lagi mampu untuk menahan kekuatan godaan itu.
Kesian, itulah ungkapan yang tiba-tiba terbayang diminda saya kepada pemuda itu tadi. Apakah yang terjadi seterusnya? Jom kita baca lagi di bawah...
Ketika dalam lena suatu hening subuh, pemuda ini tersentak dengan panggilan azan yang berkumandang. Rupa-rupanya, jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Terkebil-kebil biji mata yang dibuai mimpi indah bersama tidurnya.
"Ngantuknya..." kata pemuda itu sampai melonglaikan badan keatas tilam yang empuk. Sedar tak sedar, kepanasan mentari telah mengejutkan pemuda itu lalu menyedarkan dari lena.
"Ya Allah, dah tengah hari!" Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Pemuda itu tadi rupa-rupanya kalah kepada konco-konco syaitan yang membawa godaan tidur di waktu subuh.
Menyesali, itu yang terbenam di hati pemuda itu. Lalu diangkat tangannya sambil menghitung sesuatu..
"1,2,3,4,5,6,7...10."
"MasyaAllah, dah 10 kali aku meninggalkan solat subuh..." rintih pemuda tersebut.. Banyak tak terkata bila dihitung saat ditinggalkan solat wajib setiap insan.
AZAM.....
2 biji mata pemuda itu merenung tepat kearah satu dinding putih di kamar tidurnya. Saat mata tidak berkelip itu, terpancul satu perkataan di bibirnya- AZAM..
"Ya, azam..itu yang aku perlu!" jerit pemuda tersebut. Lantas, disegerakan pergerakannya menuju ke satu cermin di dinding biliknya. Sambil melihat jelas raut wajahnya, terukir senyuman dibibirnya. Di gengam erat tangannya lalu dipersembahkan kekuatan tangan di hadapan cermin seolah-olah mengambarkan kesungguhan azam baru yang telah dicipta..
Bermula dari permulaan waktu zohor, pemuda ini dengan tekadnya bersungguh-sungguh mengambil wuduk dan terus berdiri di hadapan sebuah sejadah berwarna biru.
"Allahuakbar..." laungan takbir di permulaan solat. Perlahan-lahan pemuda ini melafazkan surah al-Fatihah. Satu-persatu ayat yang dibaca di fahami dan diertikan dalam hati. Sehingga pada satu saat, pemuda ini terhenti seketika dibarisan ayat yang indah ini.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(surah al fatihah: 5)
Terkedu pemuda ini mengamiti maknanya. Mengalir airmatanya mengenangkan keadaan yang menimpa dirinya yang ingin berhijrah demi mencari cahaya...
Mungkin inilah yang dikatakan ~ BERUBAH.
Para pembaca sekalian,
Dunia ini sangat indah jika kita dapat mengawalnya. Ikutilah dengan Islam, nescaya hidup kita diberkati dunia dan akhirat..
Bermulalah dari keazaman, lalu disusuli dengan perbuatan..niatkan untuk berubah kerana Allah.. insyaAllah, ia berjaya.. amin..
Sharemotivasi
0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment