Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi pesawat terbang. Sebab itu airport atau landasan kapal terbang dibangun dan disiapkan untuk mengurangi risiko yang terjadi sesuatu yang tak diingini dalam proses 'take off' dan 'landing' ini. Berikut adalah senarai landasan kapal terbang yang paling bahaya.
Tangga ke-7...
Lapangan Terbang Lukla, Nepal
Landasan kapal terbang ini terletak di ketinggian 2900 meter dari permukaan laut, adalah landasan kapal terbang atau airport paling tinggi di dunia. Lukla Airport adalah airport kecil di kota Lukla di timur Nepal. Pada bulan Januari 2008, pemerintahan Nepal mengumumkan bahwa airport tersebut diganti namanya menjadi Airport Sir Edmund Hillary, sempena nama manusia pertama yang mencapai puncak Everest. Airport ini sendiri cukup popular karana banyak yang menggunakannya sebagai tempat pertama bagi pendakian ke puncak Everest.Tangga ke-6...
Lapangan Terbang Madeira
Lapangan Terbang Madeira
Lapangan terbang Madeira dikenali juga sebagai Funchal Airport atau Santa Catarina Airport. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Kota Funchal, Madeira. Lapangan terbang ini berfungsi mengawal lalu lintas pesawat baik bagi pesawat domestik mahupun antarabangsa dari kepulauan Madeira.
Airport ini tidak disukai banyak juruterbang kerana landasannya yang pendek dan dikelilingi dengan gunung dan lautan luas. Hal ini membuatkan proses 'take off' dan 'landing' sangat sukar walaupun bagi 'pilot' profesional sekalipun. Panjang landasan asalnya adalah hanya 1.4 kilometer tetapi ditambah lagi sepanjang 400 meter setelah sering terjadi kemalangan pada tahun 1977. Kemudian pada tahun 2003 'airport' ini dibina kembali dengan panjang landasan yang ditingkatkan hampir dua kali ganda dari atas laut dengan menggunakan blok-blok penahan atau tiang penyokong beban setinggi 70 meter.

Tangga ke-5...
Lapangan Terbang Antarabangsa Barra
Lapangan terbang ini merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menggunakan pantai sebagai landasannya. Jika anda ingin mengunjunginya, anda boleh menaiki British Airways yang membuat penerbangan ke Barra dari Glasgow atau Benbecula.
Lapangan terbang ini dipenuhi air pada waktu air laut pasang dan bila anda datang pada waktu petang menjelang malam hari, anda mungkin akan menemui beberapa kereta diletakkan di persisir pantai dengan lampu yang menyala untuk membantu juruterbang bagi mendarat.

Tangga ke-4...
Lapangan Terbang Gustaf III (St. Bart)
Lapangan Terbang Gustaf III (St. Bart)
Gustaf III Airport dikenali juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah lapangan terbang komersial yang terletak di di kepulauan Karibia di Saint Barthélemy. Lapangan terbang ini dinamakan berdasarkan nama King Gustav III dari Sweden.
Lapangan terbang ini hanya beroperasi bagi pesawat komersial ringan atau kecil sahaja. Rata-rata pesawat yang mendarat adalah yang membawa tidak lebih dari 20 orang penumpang seperti pesawat Twin Otter. Ianya berbahaya kerana mempunyai landasan yang pendek berakhir di pantai dan awal landasan ini adalah berdekatan bukit membuat. Ia berbahaya bagi pelancong yang berjemur di ujung landasan, walaupun ada peringatan untuk jangan berjemur di lokasi itu.

Tangga ke-3...
Lapangan Terbang Courchevel (France)
Lapangan Terbang Courchevel (France)
Courchevel adalah nama tempat di mana acara olahraga ski diadakan di pegunungan Alpen, Perancis. Lapangan terbang ini memiliki beberapa beberapa ciri yang berbahaya seperti mempunyai landasan yang hanya sepanjang 525 m dan permukanaan landasan yang berdarjah secondong 18.5%. Akibat landasan ini pendek, juruterbang harus mendarat di puncak landasan dan terbang ke arah landasan yang menurun.
Siapakah yang mendarat di sini ? salah satunya adalah Pierce Brosnan, sewaktu membintangi film James Bond 'Tommorow never dies' pada permulaan filem tersebut. Kita harus menggunakan helikopter atau pesawat charter kecil dan juruterbangnya pun harus dilatih terlebih dahulu sebelum membuat pendaratan disana.

Tangga ke-2...
Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin (Saba)

Lapangan terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang Pulau Saba di kepulauan Karibia. Lapangan terbang ini sangat terkenal dengan cara pesawatnya mendarat atau 'take off' di atas landasan tersebut.
Beberapa pakar penerbangan berpendapat bahawa lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang paling berbahaya di dunia walaupun tidak ada tragedi besar yang berlaku di sini. Di hujung landasan ini terdapat huruf 'X' besar yang menandakan bahawa lapangan terbang ini tidak menerima sebarang penerbangan komersial.
Bahaya datang dari faktor geografi lapangan terbang itu sendiri, iaitu satu sisi bukit yang tinggi dan di kedua hujung landasannya terdapat jurang yang terus menuju ke arah laut. Sangat berbahaya bagi pesawat dengan kemungkinan tidak dapat mendarat dengan sempurna lalu jatuh ke dalam laut atau kurang tenaga untuk menaikkan pesawat yang menyebabkannya akan jatuh ke laut juga.

Inilah lapangan terbang paling bahaya di dunia. Tidak perlu diterangkan lagi apa bahayanya, lihat sahaja pada gambar yang terdapat dibawah. Landasan ini sangat dekat dengan pantai yang selalu dipenuhi oleh para pelancong yang sedang berjemur. Walaupun belum pernah ada kemalangan serius yang meragut nyawa, tetapi impak sewaktu kapal terbang hendak berlepas dan mendarat boleh menjadi kecelakaan yang serius jika berlaku sedikit kesilapan ketika mendarat atau berlepas.
Pertanyaan mengapa airport ini masih digunakan, bahkan untuk penerbangan komersial yang padat ? Jawapannya adalah kerana keunikan lapangan terbang ini yang lokasinya berada dalam suasana paling aman untuk penerbangan dari seluruh lokasi yang ada di pulau ini.

0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment