Home » , , , , » Ada Orang Minat Gua la!!!!

Ada Orang Minat Gua la!!!!

Written By puterablog1malaysia on Sunday | 6:52 AM

aii...geng2 gua mlam ni...hahahaha...mlam ni gua nak pkai bhasa, gua lu..ha3x..sape xboleh terima 2 lu punya dunia.he4x..jngn marah2x...dibulan ramadhan ni kawal marah lu2 semua.ha3x..gua gne bhasa ni bukan apa, gua xnak awek2 cun kat luar 2 mint kat gua..ha3x...gua sje jew buat tajuk mcm 2...sje bgi kecoh kata orang.wakakaka.walaupun xskecoh mne kan...tdi Masa gua candlight dinner .haha3x..eksyen..gua tengok2 r 1 website ni kan..wa...bukan main lagi dia punya tajuk..bunga2 jugk la...gua r artikel dia, pasl dia punya artikel pon best jugk..walaupun gua mcm ni tpi gua ada hati beb nak tahu benda2 ni semua..Xslahkan klaw gua kongsi dengan lu2 semua.hahaha..klaw lu & lu nak jdi persan mcm gua, nak thu mcm mne seseorang 2 minat kat lu, lu2 semua bace artikel y gua rompak dari web kerangs ..Lu jgn risau, bahasa dia gune bhasa sopan.Dont problem mey nak bce..


1. Memerhati Dalam Diam

Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.


Amcam lu2 semua dpat tahu x spe y suka lu2 semua sebelum ni?? klaw tahu, apa ge pe jumpa & cakp jew "selama ni, u suka i kan"..comform muka dia merah menyala cuka garam aji na moto msa 2.ha3x..gua dah pernah buat..xda mslah..smua okeyh..ha3x..bila lu plak buat & awek 2 & pakwe 2 xminat kat lu..bila lu blek umah, tepek r bedak bnyak2 lepas 2..Biar orang y lu ckap 2, xknal lu dah lepas 2..hahahaha...


0 Rakyat Bersuara:

Post a Comment

Recommend on Google