Malam ini aku keseorangan..Kekasih yang ku tunggu begitu lama menyepikan diri...Aku ajukan pertanyaan lama benar ingin memberi jawapan.Kenapa Kekasih, begitu lama aku menanti, engkau tidak muncul-muncul lagi.Bertapa rindunya hati ini, meronta-ronta ingin
mencarimu & memelokmu tetapi engkau masih lagi tidak memberi.
Di dalam penantian ini, persoalan demi persoalan bermain di fikiran ku. Bukan ku ragu tentang hubungan ini tetapi hati ni tertanya-tertanya di mana engkau pergi.
Sayang kenapa banyak rahsia yang engkau simpan daripada ku?
Kenapa dari mula kita kenal, engkau susah mahu hubungi ku?
Sayang, kenapa ini perlu engkau ciptakan di dalam hidupku, engkau memberi aku cinta baru, engkau memberi kasih yang baru di dalam hidup kasihku, tetapi kenapa engkau masih mahu merahsiakan banyak perkara daripada ku?
Adakah cinta ini hanya mainan semata atau cinta sekadar untuk mengisi ruang di atie tanpa ada matlamat untuk mengapainya?
Adakah engkau telah mempunyai cinta sejati engkau sendiri & aku hanya engkau tempat untuk melepaskan kesunyian yang engkau lalui?
Aku buntu, aku terasa amat tersiksa memendam segalanya sendiri.Aku tidak mahu mencari lain selain darimu..Aku tidak ingin pergi kepada yang lain jika engkau betul-betul ikhlas mencintaiku.Berulang kali engkau mengatakan engkau mencintaiku seadanya tetapi di mana seadanya itu?
Aku tahu engkau juga masih ragu- ragu lagi dengan ku sebab itu engkau banyak memberi persoalan ini ada di dalam hidupku.Tersiksa jiwa ini teramat sangat jika ini terus berterusan tanpa kata-kata dan suara darimu.Tolongla mengerti & fahami apa yang tersimpan di dalam hati ini..
0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment