Jika anda seorang yang amat berminat hendak menjadi seorang pereka grafik, tidak kira lah secara part time ataupun full time, portfolio anda adalah amat penting bagi anda. Bukan sahaja bagi pereka grafik, malah jika anda terjun ke bidang seni ini, kita tidak akan dapat lari dari perkataan PORTFOLIO.
Apakah yang dimaksudkan dengan PORTFOLIO? Portfolio merupakan senarai kerja yang telah dilakukan oleh kita semasa menjalankan kerja-kerja grafik. Ianya juga menjadi satu bahan sejarah bagi pereka grafik kerana, kita dapat lihat hasil kerja terdahulu yang mana terdapat kekurang atau kelebihan yang dapat dikenalpasti. Perkata paling penting adalah, portfolio merupakan satu elemen untuk mempamerkan hasil kerja yang telah dilakukan oleh seseorang pereka grafik tersebut.
Ramai yang agak bingung bagaimana untuk menghasilkan portfolio pertama sedangkan mereka sebelum ini belum pernah mendapat sebarang pelanggan?
Ada banyak cara untuk mendapatkan portfolio pertama anda.Salah satu cara yang paling mudah adalah, join mana-mana forum yang terkenal, sebagai contoh Digitalpoint di mana ada ruangan freebies di situ yang boleh disertai.Cuba create satu thread iaitu anda tawarkan design secara percuma. Tetapi awas! Jangan cuba mengambil kesemua job yang diberikan kerana anda tidak akan cukup tangan nanti.
Cuba limitkan kepada 3 orang pertama sahaja dan cuba deal dengannya tentang apa yang dimahukan.
Cara kedua adalah dengan masuk ke mana-mana contest graphic design yang anda serta cuba submit design yang diinginkan oleh contest holder. Masuk dalam 3 atau 4 contest supaya anda lebih berpengalaman…Menang sebenarnya bukan matlamat anda, tetapi jika anda dipilih, maka ianya merupakan satu bonus bukan?
Salah satu site yang amat favourite bagi saya dan menjanjikan hadiah yang amat lumayan ialah 99Designs. Cuba nasib di situ jika anda inginkan pengalaman yang amat berharga. Anda bakal menemui pereka grafik handalan dunia kerana hadiahnya amat mempesonakan..hehe
0 Rakyat Bersuara:
Post a Comment